Berita Harian

Peminat Azzurri kena sabar

Mancini tiada magis lonjak Itali sekelip mata

-

Jurulatih Itali, Roberto Mancini meminta peminat pasukan itu supaya bersabar dengannya dan skuad kebangsaan dalam usaha mengembali­kan semula kegemilang­an Azzurri.

Itali menamatkan deretan kemarau tanpa kemenangan dalam lima perlawanan, awal pagi semalam dengan menewaskan Poland 1-0 dalam kempen Liga Negara-negara Eropah tetapi Mancini menegaskan beliau tidak boleh menyelamat­kan pasukan itu seperti ahli silap mata.

Kemenangan ke atas Poland itu mengembali­kan peluang Itali untuk mencabar saingan berkenaan dengan gol tunggal perlawanan dijaringka­n Cristiano Biraghi disebalik penguasaan yang ditampilka­n pelawat.

Uji Portugal pula

Mancini mengakui kagum dengan persembaha­n yang ditampilka­n pasukannya dan layak mengutip tiga mata, tetapi merasai peminat tidak perlu berasa terlalu teruja susulan kemenangan pertama di tempat lawan yang kali terakhir diraih ketika bertemu Albania, seta- hun lalu.

“Semua pemain memberikan yang terbaik. Kami tahu ia akan mengambil masa, tetapi kemenangan ini diraih dengan cemerlang,” kata Mancini.

“Masih banyak yang boleh kami perbaiki, tetapi kami perlu bersabar. Ini adalah bola sepak.

“Kamu secara tiba-tiba memperoleh gol yang tepat pada penghujung perlawanan, gol yang kamu layak dapat, tetapi perlawanan juga boleh berakhir seri, seperti yang berlaku sebelum ini.

“Era baharu sudah bermula, tetapi tiada perkara seperti silap mata.”

Kekalahan kepada Poland boleh mengakibat­kan Itali tersingkir daripada saingan Kumpulan A3 Liga Negara-negara dengan juara Eropah, Portugal berada di puncak.

Skuad kendalian Mancini akan bertemu Portugal pada perlawanan berikutnya sebelum menoktahka­n musim 2018 dengan perlawanan persahabat­an bertemu Amerika Syarikat.

 ??  ?? Roberto Mancini
Roberto Mancini
 ??  ?? Aksi pasukan Itali menewaskan Poland 1-0 dalam kempen Liga Negara-negara Eropah.
Aksi pasukan Itali menewaskan Poland 1-0 dalam kempen Liga Negara-negara Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia