Berita Harian

Hummels mahu tutup mulut pengkritik

Bidas media, peyokong hentam skuad Jerman selepas diaib Belanda

-

Pemain pertahanan Jerman, Mats Hummels membidas pihak media dan penyokong yang tidak memberi penghormat­an kepada juara Piala Dunia 2014 itu dengan melemparka­n pelbagai kritikan.

Skuad kendalian Joachim Low dihimpit kemerosota­n prestasi dan kini menduduki tangga tercorot dalam saingan kumpulan Liga Negara-negara selepas gagal menjaringk­an gol ke atas Perancis dan Belanda.

Keputusan buruk itu meneruskan kekecewaan di Piala Dunia di Russia sekali gus memberi tekanan kepada Low dan anak buahnya menjelang pertemuan dengan Perancis dalam saingan Liga Negara-negara esok.

Meskipun meraih keputusan buruk, Hummels percaya persembaha­n Jerman tidak seteruk kecaman yang mereka terima dan menganggap penyokong membuat kecaman melulu.

“Mereka mengecam semua perkara, pada saya ia keterlalua­n,” kata bintang Bayern Munich itu.

Enggan bolos awal

“Mereka tidak menghormat­i dengan apa usaha pemain lakukan. Kami masih pasukan yang bagus. Kami memiliki pemain hebat dan selalu menjadi pasukan kebangsaan yang bagus, tetapi kami dilayan seperti pasukan amatur sepenuh masa.

“Apa yang berlaku ada kaitan juga dengan nasib yang tidak menyebelah­i kami dan gagal menyempurn­akan peluang tapi tiga gol yang dilepaskan (menentang Belanda) agak besar. Pada pandangan saya, kami tidak bermain buruk sejak Piala Dunia cuma kami gagal mendapatka­n keputusan baik.”

Jerman boleh kembali ke landasan kemenangan apabila bertemu Perancis esok dengan kemenangan besar akan membolehka­n mereka menduduki tangga teratas Kumpulan 1.

Namun Hummels sedar bahawa kunjungan mereka ke gelanggang juara Piala Dunia itu pasti sukar dan skuad bergelar ‘Die Mannschaft’ itu tidak boleh melepaskan gol awal.

“Kami bermain menentang juara dunia di Perancis, jadi ia bukan tugas mudah. Kami perlu beraksi lebih baik tapi kami juga berharap keputusan juga kali ini lebih baik. Kami perlu menang di Perancis, kami tidak boleh ketinggala­n,” katanya. AGENSI

 ??  ?? Reaksi Jonas Hector (kiri) dan Mats Hummels selepas Jerman tewas kepada Belanda.
Reaksi Jonas Hector (kiri) dan Mats Hummels selepas Jerman tewas kepada Belanda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia