Berita Harian

Lawan Argentina memang sukar: Tite

-

Sao Paulo: Pengurus Brazil, menuntut anak buahnya mempamerka­n aksi lebih kemas dan bertenaga menjelang pertemuan menentang Argentina di Jeddah, Arab Saudi malam ini.

Tite mengerah pemain Brazil meningkatk­an permianan selepas pasukannya bergelut ketika menewaskan Arab Saudi 2-0 di Stadium Universiti Raja Saud, di Riyadh Jumaat lalu.

Pada pertemuan persahabat­an itu, Brazil terpaksa menunggu sentuhan Gabriel Jesus dan Alex Sandro untuk menghasilk­an gol lewat babak pertama dan kedua permainan.

Kedua-dua gol berkenaan dihasilkan dengan bantuan bintangnya, Neymar.

Pada babak kedua, serangan Brazil menemui sinar apabila pejaga gol tuan rumah, Mohammed Al Owais dibuang padang selepas rujukan video mendapati dia memegang bola di luar kawasan penalti.

Firmino penggempur utama

Tite yang giat menyiapkan Brazil untu kancah Copa America 2019 mengakui pertemuan menentang Argentina bukan sesutau yang mudah.

“Kami belum capai tahap sebenar. kami menang hari itu disebabkan penyerangn­ya memiliki kreatif.

“Perlawanan Brazil menentang Argentina tidak pernah dianggap perlawanan persahabat­an. Kami berharap perkara dapat melakukan yant terbaik untuk perlawanan itu,” kata Tite.

Dalam perlawanan menentang Argentina, Tite dijangka menurunkan bintang Liverpool, Roberto Firmino sebagai penyerang menggantik­an peranan Jesus.

Tite juga dijangka sekali lagi menguji gandingan Alex Sandro bersama bintang Bordeaux, Pablo menggantik­an peranan Thiago Silva, manakala Lucas Moura dan pemain Everton, Richarliso­n akan diberi peranan pada babak kedua. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia