Berita Harian

Yarmolenko cetus keyakinan Ukraine

-

Kharkiv (Ukraine): Skuad kebangsaan Ukraine mendapat perkhabara­n gembira menjelang aksi menentang Republik Czech di Stadium Metalist esok apabila pemain tengah Andriy Yarmolenko kembali bersama pasukan selepas pulih daripada kecederaan.

Yarmolenko tidak beraksi ketika pasukannya seri 1-1 dengan Itali pada aksi persahabat­an antarabang­sa Khamis lalu dan pemain West Ham United itu dilihat sudah bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan Liga Negara-negara esok.

Dia sudah menjalani latihan penuh bersama pasukan Sabtu lalu dan khidmatnya amat ditagih dalam misi Ukraine memburu kemenangan buat mengukuhka­n kedudukan selaku pendahulu Kumpulan 1 divisyen B.

“Semua bergantung kepada keputusan jurulatih (Andriy Shevchenko). Saya berharap dapat kembali berada di tahap terbaik untuk mendapat tempat dalam pasukan.

Rekod bersih Ukraine

“Tidak ada apa yang perlu saya risaukan, saya akan memberikan tumpuan dalam latihan dan selebihnya biar jurulatih membuat keputusan siapa yang akan bermain.

“Cuma bagi saya, saya sudah bersedia untuk bersama pasukan,” kata Yarmolenko.

Pada pertemuan pertama pada 7 september lalu, Ukraine yang berkunjung ke gelanggang Republik Czech menang 2-1 hasil jaringan Yevheniy Konoplyank­a dan Olesandr Zinchenko.

Mereka meneruskan rekod bersih dengan mengalahka­n Slovakia 1-0 pada 9 September lalu menerusi jaringan sepakan penalti Yarmolenko. AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia