Berita Harian

Pemain Asia terus kempunan

-

Kuala Lumpur: Ketika nasib Kejuaraan CIMB Classic selepas ini masih belum pasti, penantian untuk menyaksika­n pemain golf Asia merangkul gelaran satu-satunya Jelajah PGA di Asia Tenggara itu terus berpanjang­an.

Ia susulan dominasi ditunjukka­n oleh pemain Amerika Syarikat (AS) yang menjulang trofi sejak kali pertama kejohanan itu diadakan pada 2010 menerusi enam pemenang berbeza.

Ia merangkumi juara dua kali iaitu Justin Thomas (2015, 2016), Ryan Moore (2014, 2013), Ben Crane (2010), Bo Van Pelt (2011), Nick Watney (2012) dan Pat Perez (2017).

Namun wakil Australia, Marc Leishman menamatkan dominasi itu dengan kemenangan lima pukulan mengatasi tiga pemain di kedudukan kedua iaitu Bronson Burgoon dan Chesson Hadley (AS) serta Emiliano Grillo (Argentina).

Pendahulu kedudukan Jelajah Asia, Shubhankar Sharma memberikan penyokong tempatan sedikit harapan apabila mendahului saingan bersama Leishman dan Gary Woodland (AS) ketika memasuki pusingan terakhir.

Bagaimanap­un kesilapann­ya pada lubang ke-11 kedudukan pemenang Kejohanan Maybank 2017 berusia 22 tahun itu merosot ke tangga ke-10 menerusi catatan 19 bawah par 269, menyamai keputusan dicapai lima lagi pemain golf Asia termasuk Jeev Milkha Singh pada 2011.

Penamat terbaik pemain Asia dilakukan wakil Jepun, Hideki Matsuyama yang muncul naib juara pada edisi 2016 diikuti pemain India, Anirban Lahiri dan Kang Sung-hoon (Korea Selatan) yang masing-masing menduduki tangga ketiga pada 2016 dan 2017.

Pencapaian terbaik wakil Malaysia pula adalah menerusi bekas pemain nombor satu Malaysia dan Olimpian 2016, Danny Chia yang berkongsi kedudukan ke-13 pada 2011.

Ada yang mempertika­ikan saingan kali ini hanya diwakili 26 peserta bukan daripada AS dalam kalangan 78 pemain beraksi dan daripada jumlah itu, hanya 14 wakil Asia termasuk dua dari Malaysia iaitu Ben Leong dan Jeremiah Kim Leun Kwang.

Namun sememangny­a pemain golf AS berhak berdasarka­n prestasi semasa yang kini menduduki enam daripada 10 kedudukan terbaik Ranking Golf Dunia dengan Dustin Johnson di tempat pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia