Berita Harian

Malaysia tak gerun ranking Kyrgyzstan

Cheng Hoe puji anak buah kini bergerak sebagai satu pasukan

- Oleh Nazri Abu Bakar

Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tidak berhasrat memanggil mana-mana pemain bagi menggantik­an dua pemain yang mengalami kecederaan ketika perlawanan di Sri Lanka dan sesi latihan di Melaka menjelang aksi berdepan Kyrgyzstan, di sini, malam ini.

Baginya Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi akan diganti pemain lain yang tersenarai selepas pemain muda itu hanya beraksi 45 minit pertama di Colombo.

Terbaharu, pada sesi latihan petang kelmarin, pemain kelahiran Australia-malaysia, Matthew Davies yang juga pertahanan Pahang turut mengalami kecederaan.

Katanya, dengan berbaki sehari menjelang aksi berdepan Kyrgyzstan, barisan kejurulati­han mengambil keputusan tidak memanggil mana-mana pemain sebagai ganti.

“Sebaliknya, kami menggunaka­n senarai 23 pemain yang ada dan keputusan akhir siapa yang akan diturunkan akan terjawab menjelang perlawanan.

Yakin beri yang terbaik

“Bagaimanap­un, Akram Maninan yang tidak ke Colombo kembali bersama pasukan di Melaka belum cergas sepenuhnya dan Azizan Nordin. Namun saya yakin pemain lain akan memberikan yang terbaik sebagai pengganti bagi menggalas tugas Shahrel dan Matthew Davies,“katanya pada sidang media di sini, semalam.

Cheng Hoe berkata, di atas kertas sememangny­a lawan memiliki kelebihan, termasuk ranking, namun ia bukan halangan buat Harimau Malaya memberi tentangan tambahan aksi di gelanggang sendiri dengan memperoleh sokongan peminat.

“Selepas enam perlawanan persahabat­an, terdapat peningkata­n dalam skuad ini, terutama di barisan serangan.

“Apa yang sedikit melegakann­ya barisan serangan negara tidak bermain secara individu, sebaliknya bergerak sebagai sebuah pasukan.

“Cuma semua pemain diingatkan supaya tidak dibolosi awal dan kemas bertahan serta pada masa sama, tetap mengasak gol lawan untuk memburu jaringan,“katanya.

Kehadiran pemain muda berusia bawah 20 tahun, termasuk Muhammad Syahmi Safari dan Akhyar Rashid dilihat memiliki potensi besar buat skuad masa depan negara, justeru pemain terbabit perlu diberi ruang beraksi bagi meningkatk­an prestasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia