Berita Harian

Skala operasi, pengurusan bergantung jumlah dana

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Skala operasi dan pengurusan Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) untuk tahun depan bergantung sepenuhnya kepada jumlah dana yang akan disuntik.

Ketua Pegawai Eksekutif NFDP, Safirul Azli Abu Bakar berkata, meskipun program terbabit tetap akan diteruskan seperti biasa, keputusan muktamad mengenai struktur dan pengurusan­nya dijangka diputuskan awal November ini.

“Sebab itulah kita belum putuskan mengenai struktur dan program dijalankan tahun depan kerana semuanya bergantung pada dana yang akan diputuskan kerajaan.

“Jika kita putuskan sekarang, namun selepas ini kita tidak mendapat dana yang secukupnya, sudah tentu sukar untuk kita menjalanka­n perancanga­n sudah disusun.

“Jadi kami pastikan komitmen daripada segi dana itu dahulu barulah kita putuskan selepas ini,

“Apapun, kita akan bersedia dengan pelbagai kemungkina­n dan pelan sokongan tetap akan difikirkan sekiranya kita berdepan kekangan kewangan untuk tahun depan,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Pemantau NFDP di Bukit Jalil, dekat sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat terbabit yang membincang­kan mengenai hala tuju program terbabit, Safirul menjelaska­n perkembang­an positif dapat disaksikan dalam mesyuarat disertai pemegang taruh seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia