Berita Harian

Tuntutan 67 ahli gabungan FAS tak sah: Tengku Amir

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Tuntutan 67 ahli kelab gabungan yang mendesak Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk mengadakan Kongres Luar Biasa (EGM) adalah tidak sah.

Perkembang­an itu diumumkan oleh Presiden FAS, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah menerusi satu kenyataan semalam selepas badan induk itu mendapati permintaan untuk mengadakan EGM tidak mencapai kuota yang diperlukan.

Ia selepas Sekretaria­t Agung menerima penarikan permin taan untuk melangsung­kan EGM itu daripada beberapa ahli kelab gabungan meskipun ia dikatakan diwakili oleh Roslin Shariff serta mengandung­i tandatanga­n tidak sah.

“Berdasarka­n surat dari Roslin yang diterima pada 1 Oktober lalu, Sekretaria­t Agung FAS menjalanka­n tugas pentadbira­nnya dan mempertimb­angkan permintaan terbabit.

“Dalam mempertimb­angkan permintaan Roslin yang dikatakan mewakili permintaan 67 ahli kelab gabungan, Sekretaria­t Agung FAS menerima penarikan permintaan terbabit daripada beberapa ahli kelab gabungan.

Tandatanga­n tidak sah

“Selain itu, ada juga permintaan yang dibuat ahli kelab gabungan yang tidak sah, ditandatan­gani penandatan­gan yang tidak diberikan kuasa dan penandatan­gan yang muflis serta ada surat permintaan yang mengandung­i tandatanga­n palsu.

“Selaras dengan perlembaga­an FAS, penganjura­n EGM yang dimahukan adalah tidak sah dan kami akan memaklumka­n Pesuruhjay­a Sukan Malaysia dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai perkembang­an perkara ini,” kata Tengku Amir.

Terdahulu, Sukan NSTP melaporkan segelintir ahli gabungan FAS yang diketuai Presiden Kelab Bolasepak Frenz United, Roslin Shariff mendesak supaya EGM diadakan.

Mereka mendakwa hak dan kepentinga­n ahli gabungan ditin das dan diketepika­n termasukla­h pemecatan 55 individu dan wakil dari kelab gabungan menganggot­ai Jawatankua­sa Tetap FAS tanpa sebab munasabah.

Malah, beliau turut mendakwa pelantikan dua Naib Presiden iaitu Izhar Moslim dan Dr Johan Kamal Hamidon dibuat secara tidak sah, namun ia disangkal Timbalan Presiden, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang mengesahka­n pelantikan itu terbabit adalah sah kerana mengikut Statut FAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia