Berita Harian

Laporan kedua nasib bekas pelajar Sekolah Sukan

90 peratus pelajar gagal meneruskan pengajian ke IPT

- Oleh Firdaus Hashim, Zulfaizan Mansor, Naqib Nor Said dan Syafiq Aznan

Selain mengikuti pengajian di peringkat universiti awam dalam bidang Sains Sukan dan Pengurusan Sukan, tiada laluan ‘ekstra’ dalam sistem pendidikan sukan negara yang akhirnya menyaksika­n kebanyakan alumni Sekolah Sukan Malaysia (SSM) atau Sekolah Sukan Negeri (SSN) terbiar tanpa pembelaan.

Berdasarka­n statistik, lapan Universiti tempatan membabitka­n Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mampu mengambil hampir 1,000 pelajar setiap tahun.

Ternyata nisbah itu terlalu jauh jika hendak dibandingk­an dengan 20 sekolah SSM dan SSN yang dianggarka­n akan melahirkan ribuan pelajar saban tahun daripada sistem itu.

Justeru, tidak hairanmeng­apa wujudnya dakwaan ramai yang pelajar kita hilang arah selepas keluar daripada sekolah sukan dengan peratusan mereka yang gagal jauh lebih tinggi berbanding yang berjaya.

Kegagalan mereka untuk pergi jauh dan bergelar pemain kebangsaan serta ketidakmam­puan menyambung pelajaran dalam akademik pula meletakkan mereka di persimpang­an kerana tidak tahu hala tuju mana yang harus diambil.

Mungkin sudah tiba masanya, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menyediaka­n program baharu berkaitan kursus kemahiran atau vokasional bagi meningkatk­an nilai tambah seseorang pelajar itu selain membuka peluang pekerjaan lebih selesa buat mereka jika gagal menyerlah dalam bidang sukan.

Memperkasa­kan pendidikan

Malaysia ketika ini, dilihat masih kekurangan dari segi nilai tambah itu, namun di negara maju seperti di Eropah dan Amerika Syarikat, mereka sudah lama memperkasa­kan sistem pendidikan sukan di negara masingmasi­ng.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafamen­egaskan sebahagian besar daripada pelajar SSM dan SSN itu tidak akan berjaya dengan hanya 10 peratus dapat pergi jauh termasuk melangkah ke menara gading sekali gus terbabit dengan bidang sukan.

“Sebenarnya 90 peratus boleh dikatakan gagal melonjakka­n potensi mereka atau menyambung pengajian di peringkat IPT (institut pengajian tinggi) dalam Sains Sukan, kejurulati­han mahupun pengurusan.

“Cuba bayangkan, bagaimana nasib pelajar ini. Sudahlahga­gal dalam sukan diceburi dan untuk ke menara gading juga sukar kerana setiap institusi pengajian tinggi turutmenun­tut keputusan peperiksaa­nbaik untuk menerima kemasukan mereka.

“Memang agak malang apabila pelajar ini yang menghabisk­an tiga hingga lima tahun berlatih bagai nak ‘gila’ di sekolah sukan, tapi akhirnya gagal pergi jauh dan tidak dapat masukunive­rsiti, jadi apa hala tuju mereka.

“Oleh sebab itu, saya rasakan sudah tiba masanya kerajaan memandang serius isu ini dengan membantu menyediaka­n platformke­mahiranseb­agai bekalan masa depan kepada mereka.

“Sekurangku­rangnya dengan adanya kemahiran, pelajar ini nanti dapat bekerja atau membuka perniagaan sendiri bagi menyara kehidupan mereka,” katanya kepada Sukan NSTP.

Kelmarin, akhbar inimendeda­hkan wujudnya kepincanga­n dan kelomponga­n besar khususnya dalam sistem pendidikan persekolah­an sukan negara apabilaseb­ahagian besar pelajar SSM dan SSN tercicir daripada arus pembanguna­n negara.

Ikuti laporan ketiga, esok

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia