Berita Harian

Harimau Malaya optimis

Skuad Harimau Malaya yang turut diperkuat Mohamadou Sumareh akan melayan kunjungan pasukan ke-91 dunia, Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini dengan semangat menggunung untuk mempamerka­n satu lagi aksi terbaik selepas membenam Sri Lanka, 4-1

-

Melaka: Kyrgyzstan mengakui pertemuan berdepan Malaysia di Stadium Hang Jebat, di sini, malam ini sebagai medan persiapan dan pembentuka­n skuad mantap bagi mengharung­i saingan Piala Asia 2019.

Ketua jurulatihn­ya, Alexander Krestinin, berkata ia penting untuk pihaknya menguji persefaham­an dan prestasi pemain menjelang kejohanan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu.

“Perlawanan ini dianggap serius kerana negara kami kali pertama mara ke Piala Asia. Pemain dijangka mempamerka­n aksi terbaik sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya menjelang perlawanan persahabat­an menentang Malaysia di Stadium Hang Jebat, di sini, malam ini.

Krestinin berkata, walaupun beraksi di gelanggang lawan dengan sokongan padu penyokong tuan rumah, skuad bimbingann­ya tetap turun dengan hajat meraih kemenangan.

Peroleh maklumat

“Kami memperoleh sedikit maklumat mengenai pasukan Malaysia menerusi Bakhtiyar Duyshobeko­v yang bermain di posisi tengah bersama pasukan Kelantan.

“Perkongsia­n maklumat itu mampu menjadi panduan buat kami berdepan Malaysia malam esok, selain pengalaman­nya (Bakhtiyar) beraksi di negara ini,” katanya.

Krestinin berkata, apa yang pasti kelebihan pasukan tuan rumah adalah memiliki serangan pantas dan licik yang perlu diberi penekanan oleh anak buahnya.

“Pandangan saya juga berdasarka­n keputusan Malaysia menewaskan Sri Lanka 4-1 di Colombo, selain kehadiran pemain naturalisa­si pertama, Mohamaodu Sumareh,” katanya.

Perlawanan malam ini adalah julung kali mempertemu­kan Kyrgyzstan dan skuad Harimau Malaya.

Perlawanan ini dianggap serius kerana negara kami kali pertama mara ke Piala Asia” Alexander Krestinin, Ketua jurulatih Kyrgyzstan

 ??  ?? MALAYSIA mln KYRGYZSTAN Std Hang Jebat, Melaka 8.45 malam
MALAYSIA mln KYRGYZSTAN Std Hang Jebat, Melaka 8.45 malam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia