Berita Harian

Anak Malaysia cemerlang di Argentina

Raih 2 emas, 1 perak dengan hoki penyumbang terakhir pingat

- Oleh Jugjet Singh dan Aida Adilah Mat

Kontinjen negara di Sukan Olimpik Belia (YOG) menambah satu lagi pingat emas semalam menerusi pasukan hoki lelaki pada hari terakhir temasya berlangsun­g di Buenos Aires, Argentina.

Malaysia menewaskan India dengan jaringan 4-2 untuk pingat emas kedua negara selepas pemain badminton perseorang­an wanita, Goh Jin Wei menghadiah­kan emas pertama negara Sabtu lalu.

Ia adalah pencapaian paling gemilang negara pada temasya itu dengan memenangi dua pingat emas dan satu perak.

Pingat perak negara yang disumbangk­an oleh gimnas negara Ryana Hoh sebelum ini.

Bangkit dari ketinggala­n

Skuad hoki bawah 18 negara mempamerka­n aksi memberangs­angkan apabila bangkit daripada ketinggala­n untuk menang ke atas jaguh Asia itu.

Gol skuad lima sebelah negara disumbangk­an oleh Muhammad Noor Firdaus Rosdi, Mohamad Akhimullah Anuar Esook serta kapten pasukan, Muhammad Amirul Hamizan Azahar.

Bagi Amirul ia satu pencapaian yang membanggak­an dan yakin pencapaian ini akan membanggak­an seluruh rakyat Malaysia.

“Saya rasa seluruh rakyat Malaysia akan bangga dengan pencapaian skuad hoki negara. Kami akan meraikan kejayaan ini mungkin dengan makan coklat atau mendengar muzik,” katanya.

Malaysia mula meraih pingat di YOG 2010 di Singapura menerusi penerjun negara Pandelela Rinong yang menyumbang­kan dua perak.

Empat tahun kemudian di Nanjing, China, Loh Zhiayi juga dalam acara terjun menghadiah­kan satu perak dan satu gangsa.

Sementara itu, bekas jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah percaya pingat emas dimenangi itu perlu mendapat lebih perhatian kerajaan terutama membabitka­n dana.

“Keputusan India, Australia dan Argentina membariska­n pemain bawah 18 tahun terbaik mereka di YOG adalah pengiktira­fan untuk pembanguna­n pemain remaja kita selama ini,” kata Dharma Raj.

“Tiada sesiapapun boleh memperkeci­lkan pencapaian mereka, dan ketika ini, kerajaan menerusi Majlis Sukan Negara sepatutnya menyalurka­n lebih banyak dana bagi pembanguna­n skuad remaja,” katanya.

Keputusan India, Australia dan Argentina membariska­n pemain bawah 18 tahun terbaik mereka di YOG adalah pengiktira­fan untuk pembanguna­n pemain-pemain remaja kita selama ini” Muhammad Dharma Raj Abdullah, Bekas jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan

 ??  ?? Skuad hoki negara meraikan kejayaan memenangi emas acara hoki lima sebelah selepas menewaskan India di Buenos Aires, Argentina, semalam. Ia adalah emas kedua negara pada temasya Sukan Olimpik Belia 2018 yang berakhir semalam
Skuad hoki negara meraikan kejayaan memenangi emas acara hoki lima sebelah selepas menewaskan India di Buenos Aires, Argentina, semalam. Ia adalah emas kedua negara pada temasya Sukan Olimpik Belia 2018 yang berakhir semalam
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia