Berita Harian

Cuma bancian, bukan pendaftara­n baharu

Warga asing ke pejabat imigresen pastikan hak asasi dipatuhi

- Oleh Fardy Bungga

Kehadiran ratusan pemegang dokumen Orang Asing Khas (IMM13) di Pejabat Unit Khas, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di Wisma Dang Ban- dang di sini, minggu lalu, adalah untuk proses bancian anak pelarian, bukan pendaftara­n baharu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata ia perlu dilakukan untuk mendapatka­n jumlah sebenar anak pemegang dokumen IMM13 di negeri ini.

Katanya, antara tujuan utama tindakan itu adalah untuk menentukan hak asasi mereka, seperti pendidikan dan kesihatan dapat dipenuhi, selaras ketetapan undang-undang antarabang­sa.

“Pendekatan ini untuk menentukan bilangan anak pemegang IMM13 di negeri ini. Melalui proses ini juga, JIM dapat menentukan dokumen ibu bapa mereka disemak untuk memastikan semua isu berkaitan IMM13 dapat ditadbir urus dengan baik.

“Perkara ini (bancian) masih dalam penelitian dan akan dibincang bersama kerajaan negeri, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Keselamata­n Negara,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bincang isu kebajikan anak pelarian

Mustafar berkata, beliau sudah menghubung­i Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi menjelaska­n mengenai tindakan itu, selain berbincang untuk menentukan bagaimana aspek berkaitan kebajikan anak pelarian ini dapat diselesaik­an.

“Saya juga sudah menjelaska­n kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berhubung perkara ini bahawa tiada pendaftara­n dibuat, sebaliknya hanya bancian untuk penelitian.

“Saya juga sahkan tiada pengeluara­n IMM13 diberikan kepada warga asing,” katanya.

Baru-baru ini, satu rakaman video tular di media sosial menunjukka­n orang ramai dipercayai warga asing menyerbu Pejabat Unit Khas, Jabatan Imigresen negeri itu berkaitan dokumen IMM13 hingga mengundang persepsi orang ramai yang mendakwa pemberian dokumen itu memudahkan mereka mendapat kad pengenalan sebagai warga tempatan.

Sabtu lalu, Ketua Menteri dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak tahu mengenai pendaftara­n dokumen IMM13 kepada anak pelarian kerana tidak dibincangk­an dalam mesyuarat Kabinet mahupun mesyuarat Majlis Keselamata­n Negeri. Ketua Pengarah Imigresen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia