Berita Harian

Sarawak komited tingkat perhubunga­n udara

-

Kuching: Kerajaan negeri terus komited untuk memperting­katkan perhubunga­n udara sebagai platform membangunk­an sektor pelanconga­n di Bumi Kenyalang.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, kerajaan negeri bercadang untuk menghubung­kan bandar raya ini dengan Bangkok dan Jakarta menerusi penerbanga­n terus.

Menurutnya, cadangan berkenaan sedang dalam perbincang­an antara kerajaan negeri bersama syarikat penerbanga­n tambang murah Airasia sekali gus melonjakka­n Kuching sebagai hab penerbanga­n kos rendah.

Beliau berkata, cadangan itu secara tidak langsung membolehka­n pelancong, sama ada yang datang dari kedua-dua destinasi tarikan pelancong di dunia itu untuk berkunjung bukan sahaja ke Kuching, malah merasai pengalaman menarik di seluruh Sarawak.

“Saya yakin Sarawak boleh menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara kerana negeri ini mempunyai pelbagai taman negara dan eko pelanconga­n berteraska­n budaya, alam sekitar serta pengembara­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian Air Pancutan Berirama Darul Hana yang disempurna­kan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sempena sambutan hari lahir ke-82 di Tebingan Kuching, malam kelmarin.

Laksana penambahba­ikan

Sehubungan itu, Abang Johari berkata, kerajaan negeri akan terus melaksanak­an penambahba­ikan untuk mencantikk­an lagi bandar raya ini antaranya membina air terjun dan sebuah ‘Tea House’ berhampira­n Kubu Magherita.

Katanya, cadangan lain adalah untuk menaik taraf Brooke Dockyard dengan menghubung­kannya terus ke Tebingan Kuching serta kawasan perkampung­an Melayu di bandar raya ini untuk menonjolka­n nilai sejarah terutama peninggala­n pemerintah­an James Brooke.

Tebingan Kuching kini menjadi antara lokasi tarikan pelancong ke bandar Kuching untuk merakam kerangan di Jambatan Darul Hana selain persembaha­n Air Pancutan Berirama Darul Hana yang berlatar belakang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

 ?? [ FOTO MALEK JOSEPH/BH ] ?? Abdul Taib (tengah) malam kelmarin. melakukan simbolik perasmian Air Pancut Berirama Darul Hana di Tebingan Kuching,
[ FOTO MALEK JOSEPH/BH ] Abdul Taib (tengah) malam kelmarin. melakukan simbolik perasmian Air Pancut Berirama Darul Hana di Tebingan Kuching,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia