Berita Harian

Peniaga degil terus jual rokok seludup

-

Sandakan: Meskipun berulang kali diserbu, penjual rokok di bandar ini terus berdegil apabila terus menjual rokok dipercayai diseludup dari negara jiran.

Tinjauan di sekitar Bandar Sibuga Jaya di sini, mendapati penjual rokok seludup di kaki lima masih beroperasi dengan menjadikan kawasan tertentu, terutama lorong berhampira­n jalan raya dan pasar sebagai pusat operasi mereka.

Bukan saja lelaki dewasa, penjual turut membabitka­n kanak-kanak serta wanita warga tua dengan cuma beberapa bungkusan rokok dipamer dan diletak dalam plastik hitam, dipercayai bagi memudahkan mereka melarikan diri apabila pemeriksaa­n dilakukan pihak berkuasa.

Baru-baru ini, Op Pacak dilancarka­n Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) bagi membantera­s penjualan rokok dan minuman keras seludup dengan tumpuan terhadap 20 premis serta mengesan peniaga yang mengedar rokok seludup kepada penjual kaki lima.

Seorang peniaga yang cuma mahu dikenali sebagai Liew, berkata kegiatan menjual rokok hanya berhenti satu atau dua hari selepas diserbu, namun aktif semula dan beroperasi seawal jam 6 pagi hingga malam.

“Kegiatan mereka tak pernah putus. Mereka senang bawa lari rokok apabila ada pihak berkuasa. Ada yang pakai plastik saja atau yang (rokok) banyak sikit guna kereta sorong. Kita pun tak boleh cakap (tegur) sebab mereka ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia