Berita Harian

Rumah setinggan jadi abu

18 penghuni tinggal sehelai sepinggang kediaman terbakar

- Oleh Erika George cnews@nstp.com.my

Seramai 18 penghuni daripada tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di kawasan setinggan Kampung Pisang di Jalan Pesisir Pantai di sini, musnah dalam kebakaran, kelmarin.

Kejadian jam 6.30 petang itu menyebabka­n semua penduduk tidak sempat menyelamat­kan barangan berharga kerana api marak dengan pantas membakar rumah di kawasan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.40 petang sebelum 13 anggota bergegas ke lokasi untuk operasi memadam kebakaran.

Api marak cepat

Katanya, api marak dengan cepat memandangk­an struktur rumah dibina menggunaka­n kayu dan papan, selain ia dibina terlalu hampir antara satu sama lain.

“Pasukan operasi mengalami kesukaran untuk masuk ke lokasi kejadian memandangk­an laluan yang sempit menyebabka­n jentera bomba mengambil masa untuk memasuki kawasan yang terjejas.

“Ketiadaan bekalan air dari pili bomba di lokasi kejadian menyebabka­n jentera tangki air bomba dipanggil ke lokasi, selain tiada sumber air terbuka yang dapat digunakan untuk memadam api,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 7.15 malam, namun punca kebakaran serta anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan.

Katanya, semua mangsa kini tinggal sementara di rumah saudara berdekatan sementara menunggu rumah yang baharu siap dibina.

 ?? [ FOTO ERIKA GEORGE / BH ] ?? Keadaan kebakaran yang memusnahka­n kesemua tujuh kediaman melibatkan 18 penduduk di kawasan setinggan Kampung Pisang, Bintulu.
[ FOTO ERIKA GEORGE / BH ] Keadaan kebakaran yang memusnahka­n kesemua tujuh kediaman melibatkan 18 penduduk di kawasan setinggan Kampung Pisang, Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia