Berita Harian

Lelaki ‘tersadai’ di tengah jalan

-

Miri: Pengguna jalan dikejutkan dengan penemuan seorang lelaki yang terlentang di tengah jalan di Jalan Krokop 10, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilihat dalam keadaan lemah selain kecederaan di beberapa anggota badan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri Kapten (PA) Hazlee Shah Abd Hamid berkata, mangsa dilaporkan terbabit dalam kemalangan sebelum ditemui orang awam.

Menurutnya, bagaimanap­un, kejadian hanya disedari pengguna jalan raya selepas melihat mangsa ‘tersadai’ di tengah jalan tidak lama kemudian dalam keadaan berlumuran darah.

“Pengguna jalan raya kemudianny­a membantu mengalihka­n mangsa sementara menunggu pasukan perubatan yang dipanggil untuk rawatan lanjut.

Hilang kawalan

“Mangsa yang menunggang motosikal itu dipercayai hilang kawalan sebelum mangsa terbabas di tengah jalan,” katanya.

Katanya, tiga anggota Angkatan Pertahanan AWAM(APM) Miri dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.35 pagi.

“Setibanya ke lokasi mendapati mangsa sudah dialihkan ke bahu jalan, manakala, kaki kiri mangsa dipercayai patah akibat insiden itu,” katanya.

Katanya, pihak APM kemudianny­a memberikan rawatan awal sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

 ?? [ FOTO IHSAN APM ] ?? Anggota Pertahanan Awam Miri memberi bantuan kecemasan kepada seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan terlentang di tengah jalan dalam kejadian di Jalan Krokop 10, Miri.
[ FOTO IHSAN APM ] Anggota Pertahanan Awam Miri memberi bantuan kecemasan kepada seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan terlentang di tengah jalan dalam kejadian di Jalan Krokop 10, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia