Berita Harian

Komuniti maritim disaran pasang CCTV definisi tinggi

Langkah banteras jenayah rentas sempadan

- Oleh Hazsyah Abdul Rahman

Memasang kamera litar tertutup (CCTV) definisi tinggi (HD) di premis perniagaan adalah antara saranan Polis Sabah kepada komuniti maritim di daerah ini bagi mengekang jenayah termasuk membabitka­n rentas sempadan.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata pemasangan kamera itu membolehka­n pihak keselamata­n mengenal pasti wajah penjenayah dengan jelas walaupun pada waktu malam, terutama membabitka­n premis seperti sangkar ikan.

Beliau juga mengingatk­an komuniti maritim di daerah ini agar tidak mengambil pekerja asing tanpa permit sebagai pekerja, selain mendaftark­an pekerja asing serta memaklumka­nnya kepada polis bagi membolehka­n latar belakang mereka dikenal pasti serta ditapis.

“Jadi kita tahu sama ada mereka pernah terbabit dengan jenayah atau mungkin menjadi individu dikehendak­i.

Jaga premis

“Seterusnya, pasang alat pengesanan automatik (AIS) di kapal dan bot agar kami dapat mengesan kedudukan bot dengan cepat jika berlaku kejadian tidak diingini,” katanya pada Program Pertemuan Khas Pesu- ruhjaya Polis Sabah bersama Pengusaha Pelanconga­n, Pemilik Bot Nelayan dan Sangkar Ikan di sini, semalam.

Omar turut mengingatk­an nelayan supaya menangkap ikan di perairan negara sahaja dan tidak tersasar hingga perairan negara jiran yang menyebabka­n kemungkina­n mereka boleh menjadi mangsa culik atau pemerasan.

“Selain itu, jagalah premis perniagaan anda, lihat dan perhatikan individu atau bot mencurigak­an,” katanya.

Omar turut mengulas perkembang­an terbaru kes culik dua nelayan warga Indonesia di perairan Semporna, bulan lalu, di mana setakat ini penculik membuat dua panggilan telefon kepada keluarga dan majikan mangsa.

 ?? [ FOTO HAZSYAH ABDUL RAHMAN / BH ] ?? Omar bergambar bersama pengusaha pelanconga­n, pemilik bot nelayan dan sangkar ikan sempena Program Perjumpaan Bersama Pesuruhjay­a Polis Sabah di Dewan Masyarakat Sandakan, semalam.
[ FOTO HAZSYAH ABDUL RAHMAN / BH ] Omar bergambar bersama pengusaha pelanconga­n, pemilik bot nelayan dan sangkar ikan sempena Program Perjumpaan Bersama Pesuruhjay­a Polis Sabah di Dewan Masyarakat Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia