Berita Harian

Ratapan pilu di sisi mayat suami

-

Bau: Suasana hiba menyelubun­gi lokasi kemalangan di Kilometer 13, Jalan Kuching-bau berhampira­n Tanjung Durian, di sini, semalam, apabila seorang wanita dilihat meratapi kematian suaminya.

Difahamkan, kemalangan berlaku jam 9.15 pagi itu menyebabka­n mangsa, Zaidi Rosli, 55, maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggang­inya berlanggar dengan lori.

Isteri mangsa berusia lingkungan 40-an yang dimaklumka­n mengenai kejadian bergegas ke lokasi, namun hanya dapat melihat suaminya sudah kaku berlumuran darah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak, Superinten­dan Alexson Naga Chabu, berkata siasatan awal mendapati Yamaha LC 135 yang ditunggang­i mangsa dalam perjalanan dari Bau ke Kuching.

Gagal potong lori

Katanya, sebaik tiba di lokasi, mangsa dikatakan mahu memotong sebuah lori di depannya, namun gagal kerana ada kenderaan lain dari arah bertentang­an.

“Mangsa kemudian cuba masuk semula ke laluan asal, namun terlanggar tayar belakang lori dari arah sama. Impak perlanggar­an itu menyebabka­n Zaidi Rosli mangsa maut akibat parah di kepala dan badan.

“Pemandu lori berusia 48 tahun yang terdengar bunyi kuat apabila tayar belakangny­a pecah memberhent­ikan kenderaann­ya untuk pemeriksaa­n lanjut sebelum melihat mangsa terbaring berlumuran darah di tengah laluan,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Beliau berkata, pasukan perubatan dari Hospital Bau yang dipanggil ke lokasi kejadian mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia dan mayat dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia