Berita Harian

HARGA ROKOK DIJANGKA NAIK BULAN DEPAN KERANA SS

Pelaksanaa­n SST penyumbang kenaikan semua jenis produk tembakau

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Nabil Basaruddin wananwar@nstp.com.my

Harga jualan runcit rokok dijangka naik akhir bulan ini, berikutan pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata ia berlaku apabila harga produk tembakau dinaikkan susulan berlaku kenaikan mana-mana cukai berdasarka­n Peraturan 8A Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Kementeria­n Kesihatan sedang menyelaras­kan kelulusan harga rokok terkini.

“Pelaksanaa­n SST baru-baru ini akan menyebabka­n harga bagi semua jenis produk tembakau, termasuk rokok kena dinaikkan.

“Atas sebab itu, di bawah Peraturan A harga perlu dinaikkan daripada harga yang terikat ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, semalam.

Pada 30 Ogos lalu, JT Internatio­nal Bhd (JTI Malaysia) mengumumka­n harga rokok bagi semua jenama yang diedarkan di Malaysia akan meningkat, selepas penguatkua­saan SST pada 1 September.

Harga naik 50 sen sejak SST dilancar

Sejak SST dilaksanak­an, harga rokok di pasaran dilaporkan meningkat sekitar 0.50 sen.

Pada Jun lalu, harga jualan runcit hasil tembakau, termasuk rokok dikekalkan walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) ditetapkan pada kadar sifar.

Kali terakhir syarikat pengeluar rokok menaikkan harga jualan runcit rokok adalah pada November 2015, susulan kenaikan eksais rokok selain mengambil kira kesan GST serta tekanan kos inflasi.

Sementara itu, syarikat pengedar rokok menyatakan sebarang keputusan mengenai kenaikan harga rokok, seharusnya mengambil kira perbezaan antara kadar SST dan GST.

Pengarah Urusan JTI Malaysia, Cormac O’rourke, berkata sekiranya harga rokok mahu dinaikkan, kaedah itu perlu digunakan kerana SST adalah pengganti terus kepada GST.

Beliau berkata, pihaknya menegaskan mengenai perkara itu susulan daripada langkah Kementeria­n Kesihatan untuk menyelaras­kan harga baharu bagi semua produk tembakau, termasuk rokok.

“Sejak beberapa bulan lalu, syarikat sudah meminta penjelasan pihak kementeria­n terbabit mengenai tafsiran terhadap cadangan kenaikan itu.

“Namun, sehingga kini kami belum menerima sebarang maklum balas rasmi daripada pihak kementeria­n, meskipun sudah berulang kali kami memohon penjelasan,” katanya kepada NSTP sebagai mengulas laporan mengenai harga jualan runcit rokok yang bakal dinaikkan.

Kementeria­n Kesihatan sedang menyelaras­kan kelulusan harga rokok terkini. Pelaksanaa­n SST baru-baru ini akan menyebabka­n harga bagi semua jenis produk tembakau, termasuk rokok kena dinaikkan” Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia