Berita Harian

JOHOR MAHU TERUSKAN PROJEK JAMBATAN BENGKOK DIILHAMKAN TUN M

PM setuju teruskan projek diilham sebelum bersara

-

Kerajaan Johor bercadang untuk meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok, yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum bersara pada 2003.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan itu jika kerajaan Johor hendak meneruskan projek berkenaan.

“Kami bercadang membina jambatan ketiga dan kerajaan negeri sudah berbincang dengan Persekutua­n dalam pertemuan dengan Perdana Menteri bulan lalu.

Kerajaan tiada halangan

“Perdana Menteri bertanya adakah kami memerlukan jambatan ketiga. Saya nyatakan, terpulang kepada Perdana Menteri kerana ia ilham beliau sebelum ini.

“Perdana Menteri berkata, kami boleh bina kerana ia hanya babitkan jambatan di negeri kami. Kerajaan tidak ada halangan dan bersetuju dan kemungkina­n besar jambatan bengkok akan diteruskan,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Jambatan bengkok atau Jambatan Indah adalah projek jambatan sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantik­an Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang digunakan sejak 1923.

Idea pembinaan jambatan bengkok tercetus kerana Singapura tidak mahu mengubah Tambak Johor yang menjadi struktur penghubung di sempadan negaranya.

Seni bina jambatan bengkok itu lebih tinggi bagi membolehka­n kapal kecil melepasi Selat Johor, namun Singapura enggan berkomprom­i dengan konsep itu.

Projek itu dibatalkan pada 2006 pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

 ??  ?? Osman Sapian
Osman Sapian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia