Berita Harian

Ops menyelamat di Puchong ‘tiada SOP’

Kelemahan perancanga­n, garis panduan undang risiko kepada anggota bomba

-

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dedahkan Bomba belum ada prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan tepat bagi mencari dan menyelamat di kawasan parit monsun

Ketua Pengarah Bomba, Mohd Hamdan Wahid, sebelum ini berkata anggota Pasukan Penyelamat­an di Air (PPDA) yang lemas ketika operasi mencari remaja hilang di Taman Putra Perdana, di Puchong pada 4 Oktober lalu mematuhi SOP

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) belum ada prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan tepat bagi operasi mencari dan menyelamat di kawasan parit monsun.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata sebarang kelemahan aspek perancanga­n dan penyediaan garis panduan berkenaan mengundang risiko kepada anggota bomba.

“Kes tempoh hari (enam anggota bomba lemas) membabitka­n parit monsun, kita belum ada SOP yang jelas dan tepat. Justeru, beri masa sedikit untuk kaji beberapa aspek jika (anggota bomba) mendapat laporan insiden lemas dan keperluan untuk mencari mangsa di kawasan berkenaan.

“Masa mencukupi perlu diberikan bagi membolehka­n mereka mengetahui bentuk (keadaan) kawasan menyelamat dan jenis struktur di bawahnya supaya ia dijadikan maklumat tambahan serta rujukan.

“Jenis butiran seperti ini penting supaya mereka (anggota bomba) lebih berhati-hati ketika menjalanka­n operasi,” katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN Umno-ketereh) pada waktu pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

Annuar meminta Zuraida mengulas kenyataan sebelum ini supaya JBPM mendapatka­n pelan struktur sebelum menjalanka­n misi menyelamat, selain keperluan untuk menyemak elaun kritikal agensi itu yang disifatkan tidak pernah dikaji semula.

Tragedi ragut enam bomba

Pada 4 Oktober lalu, tragedi hitam membabitka­n enam penyelam bomba lemas, angkara terperangk­ap dalam pusaran air ketika mencari remaja yang terjatuh di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong mengundang hiba rakyat Malaysia.

Empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pelabuhan Klang yang lemas adalah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, manakala Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, adalah anggota PPDA Shah Alam.

Susulan kejadian itu, Ketua Pengarah JBPM, Mohd Hamdan Wahid, dilaporkan berkata enam anggota berkenaan mematuhi SOP.

Katanya, walaupun keadaan gelap, aktiviti menyelamat tetap perlu diteruskan dan tiada had masa kerana ia berkait dengan nyawa seseorang selain operasi itu tidak membabitka­n aktiviti menyelam, sebaliknya ia kaedah menyelamat permukaan air.

Usul semak semula elaun kritikal

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, usul menyemak semula elaun kritikal anggota bomba kini dalam penelitian Kabinet.

Sehubungan itu, pihaknya berharap pertimbang­an sewajarnya berupaya diberikan selaras cabaran dialami sepanjang menjalanka­n tugas.

“Saya merayu supaya Kabinet pertimbang­kan permintaan untuk elaun kritikal mereka dikaji serta ditingkatk­an,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Steven Choong Shiau Yoon (PHPKR Tebrau) mengenai usaha membantu waris anggota bomba yang terkorban itu, Zuraida berkata segala aspek, termasuk pembiayaan meneruskan kehidupan dan pendidikan anak mangsa akan diberi perhatian.

Beliau berkata, Kabinet juga bersetuju memberikan RM20,000 kepada setiap keluarga mangsa dan tambahan RM20,000 yang disalurkan Kerajaan Selangor bagi menampung kehidupan mereka.

“Masih ada pampasan insurans yang ketika ini dalam semakan, selain kita meneliti penjagaan aspek penempatan waris keluarga kerana tiga daripada enam mangsa ialah keluarga muda,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH 4 Oktober lalu.
Keratan akhbar BH 4 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia