Berita Harian

Hamil luar nikah bukan penamat hidup: TPM

Pelbagai pihak sedia bantu selesai masalah

- Oleh Nadia Hamid dan Nor Ain Mohamed Radhi cnews@nstp.com.my

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatk­an remaja perempuan yang terlanjur dan hamil luar nikah, membuang rasa takut untuk tampil mendapatka­n bantuan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pelbagai pihak termasuk Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementeria­n Pendidikan, melalui kaunselor di sekolah, sedia membantu menyelesai­kan masalah mereka.

“(Terlanjur) Ini bukan penamat kehidupan. Kita semua pernah membuat kesilapan dalam hidup. Anda perlu tampil dan kami sedia untuk bantu anda,” katanya.

Beliau bercakap kepada media, selepas merasmikan Muzakarah Fiqh (Undang-undang) dan Konvensyen Antarabang­sa (MFIFC) Ke-4, di sini, semalam.

Dr Wan Azizah mengulas kejadian remaja perempuan berusia 18 tahun, yang meninggal dunia ketika melahirkan seorang bayi lelaki di tandas rumah keluargany­a dekat Ipoh, Perak, kelmarin.

Remaja itu dipercayai menanggung kesakitan lebih enam jam dalam tandas selepas berkurung dalam bilik air sejak jam 8.30 pagi. Mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya kirakira jam 2 petang selepas berjaya memecahkan pintu tandas.

Maklumat terperinci

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata selain siasatan yang sedang dijalankan oleh polis, kementeria­nnya juga masih mendapatka­n maklumat terperinci berhubung kejadian berkenaan.

“Tragedi yang kita mesti tahu apakah punca-punca dan kesannya. Saya sedih perkara ini berlaku.

“Sebab itu, kita mahu lebih ramai remaja perempuan mendapat pendedahan, merangkumi semua aspek, supaya perkara ini tidak berulang,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan konvensyen berkenaan, Dr Wan Azizah berkata, kerajaan perlu merangka kaedah penyampaia­n dakwah yang baharu dan program pendidikan untuk menangani gejala sosial di negara ini.

Katanya, ia termasuk kebajikan dan pendekatan sosial yang boleh dijadikan rujukan atau panduan kepada ibu bapa dan orang ramai.

“Penyelesai­an mudah seperti merujuk kembali kepada ajaran Islam atau nilai-nilai (Islam) tidak lagi relevan (perlu perubahan).

“Perkara ini (masalah sosial) adalah cabaran fundamenta­l yang dihadapi ulama, pemimpin politik dan aktivis sosial, hari ini,” katanya.

Dr Wan Azizah menegaskan komuniti Islam terancam dengan masalah sosial seperti ketagihan dadah, hamil luar nikah dan taraf pendidikan rendah kerana mengabaika­n konsep pendidikan dalam Islam dan lepas tangan tanggungja­wab sosial masyarakat.

“Komuniti Islam hari ini tidak menunjukka­n contoh yang baik seperti dalam al-quran, ‘khairatun ummah’, iaitu umat yang terbaik. Ini antara penyebab masalah sosial dalam komuniti,” katanya.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS /BH] ?? Dr Wan Azizah bersama peserta Muzakarah Fiqh (Undang-undang) dan Konvensyen Antarabang­sa Ke-4, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ASWADI ALIAS /BH] Dr Wan Azizah bersama peserta Muzakarah Fiqh (Undang-undang) dan Konvensyen Antarabang­sa Ke-4, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia