Berita Harian

Pekebun, peladang sawit disaran guna teknologi terkini

-

Melaka: Pekebun kecil dan peladang sawit negara ini disaran menggunaka­n teknologi terkini, bagi meningkatk­an produktivi­ti pengeluara­n komoditi itu, selain memastikan hasil berada pada kualiti ditetapkan.

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata penggunaan teknologi terkini juga dapat mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga buruh, sekaligus membantu menjimatka­n pelaburan untuk jangka panjang.

Beliau berkata, penggunaan teknologi itu juga bukan sahaja memudah dan mempercepa­t proses penanaman, malah turut membantu mengembang­kan industri sawit di negara ini.

“Kerajaan menyediaka­n insentif, termasuk telah meluluskan peruntukan kira-kira RM4.5 juta di bawah Rancangan Malaysia ke11 untuk subsidi sehingga 20 peratus di bawah Skim Insentif Mekanisasi Industri Kelapa Sawit (OPIMIS) bagi membantu sektor perladanga­n membeli peralatan jentera.

Kongsi idea

“Kita menggalakk­an pemain industri yang ada kepakaran teknologi berkongsi idea dan inovasi tersebut agar penggunaan­nya dapat diperluask­an,” katanya selepas merasmikan seminar ‘Buruh dan Mekanisasi Dalam Perladanga­n 2018’ di sini, semalam.

Yang turut hadir Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kemajuan Industri Sawit dan Sago Kementeria­n Industri Utama, Mohd Faisal Abd Wahid dan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Shamsul Iskandar turut melancarka­n buku berkaitan teknologi dan jentera terkini dalam industri kelapa sawit yang bertajuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia