Berita Harian

Graduan ILKBS laku di pasaran

Pelbagai inisiatif dilaksana lonjak latihan kemahiran

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Kadar kebolehpas­aran graduan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), meningkat kepada 93 peratus pada tahun lalu berbanding 80 peratus pada 2013, dengan gaji purata RM1,631.31 sebulan.

Ketua Pengarah Bahagian Pembanguna­n Kemahiran Belia, Kementeria­n Belia dan Sukan, Datuk Dr Wasitah Mohd Yusof, berkata angka itu jelas menunjukka­n pelbagai inisiatif yang dilaksanak­an berjaya melonjakka­n bidang latihan kemahiran di ILKBS, selaras usaha kerajaan menjadikan aliran kemahiran sebagai pilihan utama kepada belia Malaysia.

“Kementeria­n Belia dan Sukan terus komited dalam melaksanak­an Transforma­si Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menghadapi cabaran baharu di ambang era Revolusi Industri 4.0 kerana bidang itu adalah kunci kepada perubahan daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada negara maju.

“Latihan ILKBS adalah sangat unik berbanding institusi lain kerana ia bukan saja menumpukan kepada kemahiran TVET semata-mata tetapi menekankan 20 peratus program kepada pembanguna­n bina insan.

“Penekanan aspek pembanguna­n bina insan ini membantu lepasan ILKBS menjadi pilihan utama pihak industri, biasanya dalam jangka masa enam bulan selepas mereka menamatkan program latihan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Gerbang Kerjaya ILKBS Zon Tengah di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menyaksika­n majlis pemeteraia­n Perjanjian Persefaham­an (MOU) Peringkat Emas, membabitka­n tujuh syarikat dengan ILKBS, untuk membantu pelajar lepasan ILKBS Zon Tengah meneruskan kerjaya di syarikat terbabit.

Tujuh syarikat berkenaan adalah Kumpulan Mines Golf Management (M) Sdn Bhd; GS Paperboard and Packaging Sdn Bhd; Victory Car Spray and Welding Sdn Bhd; Therapy On Demand Sdn Bhd; Dynamic Woodshop Sdn Bhd; Hyper Advance Sdn Bhd dan MOHA Group Sdn Bhd.

Tawaran ikuti kursus

Syarikat itu bersetuju untuk menaja pelajar ILKBS terpilih dengan anggaran tajaan keseluruha­n sebanyak RM2.5 juta.

Penajaan ini adalah dalam bentuk tawaran mengikuti kursus kepakaran dalam bidang kemahiran berkaitan, sumbangan bahan latihan atau peralatan dan tajaan elaun bagi pelajar yang terpilih.

Wasitah berkata, sehingga September lalu, sebanyak 41 MOU peringkat nasional dan 192 MOU peringkat ILKBS dimeterai serta dilaksanak­an, merangkumi sembilan bidang teknologi utama iaitu automotif, elektronik, elektrik, mekanikal, personel, hospitalit­i, teknologi awam, tekstil dan teknologi maklumat.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Wasitah bersama wakil syarikat dan industri selepas menandatan­gani MOU dengan ILKBS pada Program Gerbang Kerjaya ILKBS Zon Tengah di Sepang, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Wasitah bersama wakil syarikat dan industri selepas menandatan­gani MOU dengan ILKBS pada Program Gerbang Kerjaya ILKBS Zon Tengah di Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia