Berita Harian

PERKESO tak guna orang tengah urus tuntutan OB

-

Taiping: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) menasihati orang ramai supaya tidak berurusan dengan ‘orang tengah’ dalam sebarang tuntutan kewangan atau dikenali sebagai tuntutan orang berinsuran­s (OB).

Ketua Bahagian Unit Faedah PERKESO Malaysia, Ismail Abi Hashim, berkata PERKESO tidak pernah melantik atau membabitka­n orang tengah dalam urusan tuntutan.

Katanya, berdasarka­n beberapa kes yang dilaporkan, sindiket itu menetapkan bayaran tertentu bagi urusan berkaitan, malah ada sindiket yang memegang kad bank OB atau waris.

Lapor kepada PERKESO

“Jika ada individu yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai serta menetapkan bayaran tertentu atas urusan mereka, orang awam boleh terus berhubung dengan manamana pegawai PERKESO yang dikenali atau terus berhubung dengan cawangan PERKESO berhampira­n.

“Aduan sebegini amat penting bagi memudah dan membolehka­n kami mengesan individu atau sindiket terbabit,” katanya selepas program PERKESO bersama pemimpin masyarakat dan media di sini, semalam.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Pertanian dan Perladanga­n negeri, Abdul Yunus Jamahri.

Yang turut hadir, Pengurus PERKESO Perak, L A Anthony Arus Dass; Penghulu Daerah Kerian dan Taiping serta Ahli Majlis Daerah Kerian dan Taiping.

Ismail berkata, ada beberapa kes yang dilaporkan sebelum ini berjaya dikesan dan ditumpaska­n dengan individu atau sindiket terbabit sudah didakwa.

Katanya, walaupun bilangan kes seperti itu kecil, ia mampu memberi kesan buruk kepada OB atau waris, malah mencemarka­n imej PERKESO.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia