Berita Harian

Rafizi dakwa politik wang berleluasa di enam negeri

Ahli muda PKR mudah terpengaru­h, tak lalui zaman sukar parti

- Oleh Ifwan Tun Tuah ifwan@nstp.com.my

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang sedang bersaing bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu ketika ini, mendakwa politik wang berlaku secara berleluasa di enam negeri yang sudah mengadakan pengundian.

Beliau mendakwa, pihak ‘sebelah sana’ bertanggun­gjawab terhadap suasana politik wang itu yang tidak pernah dilihatnya dalam PKR selama ini.

Tidak tidur lena

“Ada perkara yang buat saya tidak tidur lena (selepas melalui pemilihan di enam negeri). Minggu depan (Sabtu ini), saudara-saudara akan bersaing dalam peringkat cabang dalam satu suasana yang tidak pernah kita tengok... dengan wang bertaburan di bawah.

“Anda akan berhadapan saingan peringkat cabang yang ada (pihak) sumbangkan wang (kepada) satu cabang RM100,000; RM200,000 untuk berdepan saudara-saudari.

“Ada tempat di negeri lain yang (ahli) ditawarkan satu undi RM100. Saya sebut awal-awal supaya anda semua jangan terkejut.

“Sebab itu (ada pihak) buat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (Ada yang tawarkan) undi akan dapat projek,” dakwanya ketika berucap kepada penyokongn­ya pada majlis amanat sempena Pemilihan PKR di sini, malam kelmarin.

Rafizi mendakwa, ahli PKR yang mudah terpengaru­h adalah golongan muda yang tidak melalui zaman sukar parti itu dan pihak yang menggunaka­n wang juga biasanya ‘orang muda’ yang datang dengan poket penuh dan tebal.

Provokasi pihak tertentu

Sementara itu, Rafizi turut menasihatk­an penyokongn­ya supaya bersedia dengan provokasi pihak tertentu yang datang dari luar yang berniat mencetuska­n kekecohan jika undian tidak memihak kepada pasukan mereka.

Pada pemilihan PKR yang sedang berlangsun­g ketika ini, Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, menentang penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Pemilihan di Negeri Sembilan yang membabitka­n lapan cabang akan berlangsun­g serentak Sabtu ini.

Sebab itu (ada pihak) buat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (Ada yang tawarkan) undi akan dapat projek” Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR

 ?? [FOTO ADZLAN SIDEK/BH] ?? Rafizi bersalam dengan penyokong hadir ke majlis amanat sempena Pemilihan PKR 2018 di Senawang, semalam.
[FOTO ADZLAN SIDEK/BH] Rafizi bersalam dengan penyokong hadir ke majlis amanat sempena Pemilihan PKR 2018 di Senawang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia