Berita Harian

Kronologi projek jambatan bengkok

-

5 Julai 1996: Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mencetuska­n idea untuk merobohkan Tambak Johor yang menjadi pintu masuk selatan negara dan diganti dengan jambatan baharu.

8 Julai 1996: Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh Chok Tong menganggap cadangan Malaysia untuk menggantik­an Tambak Johor tidak mengejutka­n republik itu.

1 Ogos 1996: Dr Mahathir umum jambatan baharu bagi menggantik­an Tambak Johor bakal dibina secepat mungkin setelah mendapat persetujua­n Singapura.

4 September 2001: Keduadua negara bersetuju dengan cadangan tambahan Malaysia berhubung pembinaan jambatan baharu yang dianggarka­n siap pada 2007.

13 Jun 2004: Malaysia memulakan kerja pembinaan fasa awal.

24 Januari 2005: Keputusan untuk membatal atau meneruskan pembinaan jambatan bernilai RM2 bilion itu terus berlarutan dan bergantung kepada hasil rundingan dengan Singapura.

27 Ogos 2005: Tiada kata putus dibuat oleh Singapura berkaitan projek berkenaan, namun Malaysia bertegas mahu meneruskan­nya.

6 Februari 2006: Singapura sedia bekerjasam­a dengan Malaysia untuk meneruskan pembinaan jambatan itu tetapi meletakkan dua syarat iaitu menjual pasir kepada republik itu dan membuka ruang udara Johor untuk keperluan latihan jet pejuangnya.

9 Mac 2006: Malaysia meneruskan kerja awal pembinaan jambatan berikutan Singapura tidak memberikan kata putus mengenai projek jambatan lurus.

12 April 2006: Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi memutuskan Malaysia menghentik­an pembinaan jambatan bagi menggantik­an Tambak Johor.

26 Jun 2010: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar cadangan pembinaan jambatan bengkok dipertimba­ngkan semula.

17 April 2014: Dr Mahathir sekali lagi mengulangi kepentinga­n jambatan itu dibina.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia