Berita Harian

Pemansuhan hukuman mati tak ambil kira kena penjara

-

hukuman mati yang akan dilaksanak­an kerajaan tidak mempunyai kesan retrospekt­if atau mengambil kira rekod pemenjaraa­n terdahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata keputusan sama ada seorang banduan bakal menjalani penjara seumur hidup atau seumur hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati akan ditentukan Lembaga Pengampuna­n.

“Contohnya, jika hukuman mati dimansuhka­n dan lembaga memutuskan bahawa seorang banduan diberikan pertimbang­an alternatif penjara seumur hidup, maka dia perlu jalani hukuman dengan tempoh minimum 30 tahun, mulai hari ini, tidak mengambil kira tempoh sebelum itu.

“Kesan retrospekt­if adalah tidak adil pada mereka yang menjadi mangsa kes bunuh, terutama keluarga,” katanya ketika menjawab soalan tambahan P Kasthurira­ani (PH DAP-BATU Kawan) pada waktu pertanyaan menteri (MQT), di Dewan Rakyat, semalam.

Kasthurira­ani membangkit­kan persoalan sama ada pertimbang­an kerajaan untuk menghapusk­an pelaksanaa­n hukuman mati, bersandark­an prinsip kemanusiaa­n akan mempunyai kesan retrospekt­if atau retroaktif.

Alasan berdasarka­n kajian

Menjawab soalan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN MCA-AYER Hitam) yang menyifatka­n langkah pemansuhan itu sebagai tergesa-gesa, selain kesudian kerajaan membentuk Jawatankua­sa Pemilih Parlimen bagi meneliti isu terbabit, Vui Keong berkata, kerajaan mempunyai alasan bersandark­an kajian untuk menggantik­an hukuman mati mandatori.

Katanya, hasil penelitian Pusat Pengajian Perundanga­n Antarabang­sa (I-CELLS), iaitu organisasi naungan Jabatan Peguam Negara mengemukak­an tiga justifikas­i berhubung langkah pemansuhan hukuman mati mandatori di Malaysia.

“Kajian itu mendapati hukuman mati bukan pencegahan berkesan, sebaliknya faktor berkenaan sukar dipastikan kerana banyak perkara yang boleh mempengaru­hi bilangan pendakwaan atau kadar jenayah.

“Hukuman mati tidak boleh diperbaiki atau dipulihkan susulan wujud kes orang yang dituduh disabitkan dengan kesalahan bunuh berdasarka­n keterangan palsu diberi saksi utama.

“Walaupun sabitan terhadap tertuduh diketepika­n kerana keterangan palsu, kes ini menunjukka­n orang yang tidak bersalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

“Justifikas­i terakhir ialah hukuman gantung ini bercanggah dengan norma hak asasi manusia antarabang­sa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia