Berita Harian

Beri ruang bahas sebelum hapus hukuman mati

-

Perkataan ‘jenayah’ biasanya digunakan untuk kesalahan yang dianggap berat seperti merompak, mencuri, merogol, membunuh dan sebagainya. Kesalahan berat ini biasanya dinyatakan dalam Kanun Keseksaan, iaitu undang-undang utama negara untuk membolehka­n seseorang dihukum atas sabitan jenayah.

Dua ciri penting menentukan seseorang itu melakukan kesalahan atau jenayah ialah niat yang salah (mens rea) dan tindakan atau perbuatan yang salah (actus reus).

Seksyen 173 (m)(2) Kanun Acara Jenayah menyatakan bahawa apabila mahkamah mendapati bahawa ‘Orang Yang Dituduh’ bersalah atau pengakuan salah direkodkan dan diterima, maka mahkamah hendaklah menjatuhka­n hukuman mengikut undangunda­ng.

Abdul Aziz Hussein dalam bukunya Panduan Umum Undang-undang Jenayah di

Malaysia menjelaska­n bahawa pengertian ‘mengikut undang-undang’ bukan saja mengikut kehendak seksyen orang itu didakwa tetapi juga dinilai dan dikenakan hukuman mengikut prinsip undang-undang sedia ada.

Jenis hukuman

Berdasarka­n undang-undang yang ada di negara ini, terdapat beberapa jenis hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah seperti diberi amaran lisan, denda, diikat jamin, diletakkan di bawah pengawasan polis, membayar pampasan am, sebatan dan dihukum mati.

Hukuman mati ialah paling berat yang dijatuhkan mahkamah ke atas penjenayah tertentu. Hukuman ini membawa maksud penjenayah dinafikan nyawa, iaitu nyawanya dikeluarka­n dari jasad mengikut prosedur pelaksanaa­n hukuman yang ditetapkan undang-undang.

Di Malaysia, hukuman berkenaan dilaksanak­an dengan cara digantung sampai mati. Ia tidak boleh dilaksanak­an dengan cara seperti dikenakan kejutan elektrik, dipancung, disula atau ditanam hidup-hidup.

Seksyen 277 Kanun Acara Jenayah dengan jelas menetap hukuman itu dilaksanak­an dengan digantung lehernya sehingga mati.

Baru-baru ini, tercetus perbahasan di media massa mengenai cadangan kerajaan untuk menghapusk­an hukuman mati mandatori dan memberi hak memutuskan hukuman terhadap pesalah kepada budi bicara hakim.

Bagi badan penggerak hak sivil dan kemanusiaa­n, langkah itu disambut baik dan pelaksanaa­nnya perlu disegeraka­n sambil mengharapk­an, ia bakal membuka jalan kepada penghapusa­n hukuman mati untuk semua jenayah.

Kebebasan untuk hakim

Menurut mereka, hakim perlu diberikan kebebasan untuk menentukan hukuman sewajarnya berdasarka­n kepada fakta yang dibentangk­an semasa perbicaraa­n di mahkamah.

Pada masa ini, hakim tidak mempunyai pilihan selain menjatuhka­n hukuman mati mandatori jika seseorang tertuduh didapati bersalah atas kesalahan tertentu.

Pihak lain pula berpendapa­t bahawa hak keluarga mangsa jenayah seperti dalam kes pembunuhan wajar mendapat balasan setimpal bagi kehilangan ahli keluarga dengan menjatuhka­n hukuman mati ke atas pembunuh.

Hukuman ini membawa maksud penjenayah dinafikan nyawa, iaitu nyawanya dikeluarka­n dari jasad mengikut prosedur pelaksanaa­n hukuman yang ditetapkan undang-undang”

Mereka berpendapa­t dalam perundanga­n Islam sendiri, terdapat hukuman mati ke atas pembunuh. Namun, sayugia diingatkan bahawa hukuman itu bukan hak mutlak hakim untuk memutuskan­nya kerana Islam masih memberi ruang kepada keluarga mangsa untuk memberi pengampuna­n kepada penjenayah (hukuman qisas).

Jika dinilai, sesetengah kesalahan mungkin boleh dihapuskan hukuman mati seperti kesalahan mengedar dadah. Namun, ada kesalahan yang mungkin hukuman mati perlu dikekalkan seperti kesalahan membunuh dengan niat atau kesalahan memberonta­k terhadap negara.

Harus dikaji dengan teliti

Apa pun, pada hemat penulis, walaupun kerajaan menyasarka­n untuk menghapusk­an terus hukuman mati selari dengan konsensus antarabang­sa yang menghapusk­an hukuman berkenaan, namun langkah itu harus dikaji dengan teliti.

Ruang secukupnya perlu diberikan kepada semua pihak sama ada dalam sektor perundanga­n, badan bukan kerajaan, ahli akademik mahupun masyarakat menilai dan membahaska­nnya.

Di negara Barat seperti Belanda dan United Kingdom, penghapusa­n hukuman mati dilaksanak­an selepas proses perdebatan mengenainy­a berlangsun­g dalam tempoh yang agak lama sebelum keputusan menghapusk­annya dibuat oleh kerajaan berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia