Berita Harian

Menggilap atlet profesiona­l dan berkerjaya

-

Atlet yang ditempatka­n di sekolah sukan sama ada kelolaan negeri atau Kerajaan Persekutua­n sudah menunjukka­n keupayaan mereka ketika mewakili daerah dan negeri masing-masing. Bakat mereka dalam sukan berprestas­i tinggi digilap ke tahap terbaik sepanjang berada di sekolah sukan yang mirip Sekolah Berasrama Penuh, namun bukan semuanya berjaya mewakili negara. Laporan BH sejak dua hari lalu mendedahka­n bagaimana kebanyakan lepasan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN) yang tidak berjaya menempatka­n diri dalam pasukan kebangsaan akhirnya ‘terbiar’ dari segi pembanguna­n kerjaya mereka. Kita sebenarnya tidak mahu dalam sistem pendidikan kita wujud kelompanga­n atau dalam erti kata mudah ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran’. Dilema seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka sudah berkorban dengan latihan yang panjang, bermain bermati-matian mewakili negeri dan negara, namun akhirnya tidak berkerjaya. Jika tidak terpilih dalam pasukan kebangsaan sekalipun dan beralih menjadi atlet profesiona­l, lulusan sekolah sukan sepatutnya dibantu oleh kerajaan negeri atau Pusat dari segi mendapatka­n peluang pekerjaan yang lebih kukuh. Lebih baik, setiap kali ada kekosongan pekerjaan di jabatan Kerajaan Persekutua­n atau agensi negeri, mereka sepatutnya diberi keutamaan. Isu yang timbul ialah prestasi akademik lulusan sekolah sukan mungkin tidak sebaik pelajar biasa tetapi jika mereka sekadar lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kelayakan itu sudah cukup kerana mereka ada nilai tambah dari segi prestasi dalam acara sukan masingmasi­ng. Dalam sistem hari ini, kita menyedari lulusan SPM dari sekolah sukan berdepan kesukaran untuk bersaing dengan pelajar lain dalam meneruskan pengajian ke Program Matrikulas­i dan seterusnya ke universiti awam. Ini disebabkan persaingan ke Program Matrikulas­i memang sengit sehingga ada pelajar yang mencatat keputusan sederhana juga tidak mendapat tempat. Lebih menyedihka­n, setakat ini hanya lapan universiti awam menawarkan program sains sukan dengan tawaran tempat terhad, sedangkan lulusan SPM dari sekolah sukan mencecah lebih 1,000 pelajar setahun. Cadangan kedua ialah diwujudkan laluan khas untuk lulusan sekolah sukan mengikuti kursus kejurulati­han untuk sukan tertentu. Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan Kementeria­n Pendidikan perlu berganding bahu dalam membantu mereka bermula dari peringkat rendah hingga ke peringkat profesiona­l. Sekurang-kurangnya jurulatih yang dilahirkan dari bakat sekolah sukan dapat memberi tunjuk ajar kepada pasukan peringkat sekolah di daerah masing-masing dan seterusnya ke peringkat negara. Ini sekali gus dapat mengembang­kan lagi sumber pekerjaan dan pendapatan mereka. Bagi lepasan sekolah sukan yang tidak lulus SPM pula, Kementeria­n Sumber Manusia patut menyerapka­n mereka mengikuti latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut bidang pilihan masing-masing. Kita yakin langkah penambaika­n dan pemerkasaa­n akademik seiring dengan potensi serta bakat pelajar mampu mengangkat kelangsung­an pencapaian sukan negara pada masa akan datang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia