Berita Harian

Kerajaan yakin dapat banteras kegiatan penyeludup­an

-

Kuala Lumpur: Kerajaan yakin dapat membantera­s kegiatan penyeludup­an rokok yang dijangka meningkat, berikutan kenaikan harga rokok di pasaran.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata setakat ini, semua operasi berkaitan yang dijalankan bahagian penguat kuasa kementeria­n itu berjaya dilaksanak­an sepenuhnya.

“Bahagian penguat kuasa kita jika ada maklumat akan terus membuat serbuan dan setakat ini, 100 peratus berjaya, ” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Zakat Korporat Bantuan Tabung Bencana Sulawesi di Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penguatkua­saan kementeria­nnya berikutan harga jualan runcit rokok dijangka naik akhir bulan ini, dengan pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Peningkata­n cukai

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kenaikan itu berlaku apabila harga produk tembakau dinaikkan, susulan berlaku peningkata­n cukai berdasarka­n Peraturan 8A Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Pada 30 Ogos lalu, JT Internatio­nal Bhd (JTI Malaysia) mengumumka­n harga rokok bagi semua jenama yang diedarkann­ya di Malaysia akan meningkat, selepas penguatkua­saan SST pada 1 September. Sejak SST dilaksanak­an, harga rokok si pasaran dilaporkan meningkat sekitar 0.50 sen.

Saifuddin berkata, kerajaan hanya mengutip hasil RM4 bilion daripada pelbagai cukai rokok dan selebihnya rokok seludup.

Beliau berkata, pihaknya juga akan berbincang mengenai isu rokok seludup dengan Jabatan Kastam dan Kementeria­n Kesihatan.

“Saya juga sudah adakan pertemuan dengan syarikat pengeluar rokok dan mereka menyatakan kesediaan berkongsi maklumat, termasuk lokasi yang dipercayai berlakunya penyeludup­an, ” katanya.

Mengenai harga peralatan rokok elektrik yang dijangka meningkat dengan pelaksanaa­n SST katanya, beliau sedang mengumpulk­an maklumat mengenai perkara itu kerana aspek pelesenan dan kawalan barang itu di bawah bidang kuasa kementeria­nnya.

Sementara itu, SSM menyumbang­kan zakat korporat RM100,000 kepada Tabung Bencana Sulawesi.

Sumbangan diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSM, Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner kepada CEO Global Peace Malaysia (GPM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin. Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Jamil Salleh.

Selain itu, kakitangan SSM turut membuat kutipan derma dan menyumbang RM6,000 kepada GPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia