Berita Harian

Suami isteri uzur khuatir keselamata­n setiap kali bah

-

Jasin: “Saya dan isteri sudah uzur. Kami tidak larat lagi untuk berpindah setiap kali banjir...kalau tak pindah, keselamata­n kami pula tidak tahu penghujung­nya,” luah mangsa banjir, Isa Samat, 63.

Warga emas itu berkata, masalah banjir di kawasan rumahnya di Kampung Tanjung Laboh, Tehel, di sini, bagaikan tiada penyelesai­an walaupun sudah lebih 20 tahun beliau dan isteri, Jamilah Abdullah, 61, menetap di situ.

Beliau berkata, akibat rumah sering dimasuki air, banyak kelengkapa­n rumah seperti perabot, rosak, malah lantai rumah turut retak dan mendap.

Tak boleh banyak bergerak

Isa, menghidap penyakit jantung, manakala isterinya sakit tulang belakang dan saraf menyebabka­n mereka tidak boleh banyak bergerak, namun terpaksa gagahkan diri setiap kali banjir melanda.

Keadaan itu juga menyebabka­n anak keempat pasangan itu kini berpindah dan tinggal bersama kerana bimbangkan keselamata­n mereka.

“Setiap kali hujan, saya dan isteri tidak lena tidur kerana bimbang rumah akan ditenggela­mi air.

“Saya amat berharap masalah banjir ini dapat diselesaik­an dalam tempoh segera,” katanya yang ditemui selepas menerima bantuan banjir daripada Usahawan Risda Negeri Melaka (RISDEC), semalam.

Isa berkata, beliau dan isteri pernah tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selama 22 hari dan pada Mac lalu, mereka berkampung selama 11 hari di PPS.

 ?? [FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN /BH] ?? Isa menunjukka­n anak tangga yang rosak selepas rumahnya dilanda banjir minggu lalu ketika ditemui di Kampung Tanjung Laboh, Tehel, semalam.
[FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN /BH] Isa menunjukka­n anak tangga yang rosak selepas rumahnya dilanda banjir minggu lalu ketika ditemui di Kampung Tanjung Laboh, Tehel, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia