Berita Harian

Polis perlu bersiap siaga kawal provokasi, kekecohan

PDRM wajar bersedia sebarang kemungkina­n jika SOSMA mansuh

- Oleh Faris Fuad

Polis perlu sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi mengawal sebarang provokasi dan kekecohan sehingga menyebabka­n keselamata­n awam digugat jika Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dimansuhka­n nanti.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis juga perlu berada selangkah di depan dengan mengambil kira peruntukan undang-undang lain yang berkaitan bagi memastikan aspek keselamata­n rakyat dapat dikawal secara menyeluruh.

“SOSMA boleh ditambah baik, tidak perlu dimansuhka­n, namun keputusan itu hanya boleh dibuat oleh kerajaan.

“Sekiranya ia dimansuhka­n, PDRM perlu bersedia dengan sebarang kemungkina­n.

Ada banyak undang-undang

“Ada banyak undang-undang berkaitan yang boleh digunakan bagi membela hak asasi manusia dan menjaga ketenteram­an awam,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Keselamata­n Pengguna (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi, berkata kerajaan wajar mengembali­kan Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) 1960 sekiranya mengambil keputusan untuk memansuhka­n SOSMA.

“Saya tahu ada beberapa kelomponga­n dalam ISA, namun ia perlu jika SOSMA dimansuhka­n.

“Mungkin ISA itu perlu diubah suai, kaji mengikut sudut yang lebih praktikal.

“Kita tidak mahu nanti kumpulan samseng dan kumpulan kongsi gelap ‘bermaharaj­alela’ di negara ini kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan dan mengenakan hukuman setimpal susulan tiada undang-undang khas bagi menangani masalah berkaitan,” katanya.

Pada 13 September lalu, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dilaporkan mengesahka­n rumusan cadangan pemansuhan SOSMA berada pada peringkat terakhir sebelum diserahkan kepada Jemaah Menteri.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata jawatankua­sa khas ditubuhkan kementeria­n itu sudah mengadakan siri mesyuarat bagi mengkaji kebaikan dan kelemahan memansuhka­n akta berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia