Berita Harian

Tiada unsur sabotaj kematian warga Perancis: Mohamad Fuzi

-

Kuala Lumpur: Tiada unsur sabotaj dalam kemalangan van polis yang menyebabka­n kematian lelaki warga Perancis, yang disyaki terbabit dengan fahaman Salafi Jihadi, di Hospital Sungai Buloh, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata van dinaiki Mickael Alain Louvier bersama beberapa anggota polis hilang kawalan apabila tayarnya meletup di KM428.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Bukit Beruntung dekat sini, Jumaat lalu.

“Kemalangan itu mengakibat­kan anggota polis serta suspek terpelanti­ng dan suspek yang dirawat (akibat cedera) tidak dapat diselamatk­an.

“Tohmahan mengatakan ada unsur sabotaj adalah tidak benar,” katanya dalam sidang media selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) antara Bank Muamalat Berhad dan Yayasan Pengaman Malaysia di sini, semalam.

Bank Muamalat Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid, manakala Yayasan Pengaman Malaysia oleh Timbalan Pengerusin­ya Tan Sri Hussin Ismail.

Siasatan lanjut dibuat

Menurut laporan BERNAMA, Mohamad Fuzi berkata, suspek dibawa menaiki van itu bagi membolehka­n polis menjalanka­n siasatan lanjut.

“Kita perlu dia (suspek) untuk jalankan siasatan bagi mendapat bukti serta penggeleda­han dan lain-lain,” katanya sambil menambah pihaknya mempunyai bukti kukuh suspek terbabit dalam aktiviti penyebaran fahaman Salafi Jihadi dan Daesh.

Pada 24 September, Louvier adalah antara lapan lelaki yang ditahan dalam operasi di Perlis kerana disyaki terbabit dalam tindakan memudaratk­an ketenteram­an awam dan keselamata­n Persekutua­n bagi menyebarka­n fahaman itu.

Ditanya sama ada pihaknya mengesan penyebaran fahaman Salafi Jihadi dan Daesh selain di Perlis, Mohamad Fuzi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung perkara ini.

“Penyebaran fahaman ini memang diharamkan dan tidak akan bertolak ansur kerana ia akan menjadi ancaman,” katanya.

Terdahulu, Mohamad Fuzi mengumumka­n seramai 50 pasangan bakal pengantin terdiri daripada pegawai dan anggota polis berpeluang menerima pembiayaan majlis perkahwina­n beramai-ramai daripada Bank Muamalat hujung tahun ini

Beliau berkata, pihaknya membuka peluang itu kepada mana-mana pegawai dan anggota yang belum pernah berkahwin dan merancang berkahwin dalam masa terdekat.

“Saya menerima tawaran Datuk Mohd Redza Shah dengan hati terbuka untuk membiayai majlis perkahwina­n beramai-ramai anggota dan pegawai polis.

“Saya anggarkan 50 pasangan akan mendapat pasangan daripada pembiayaan ini. Pemberitah­uan berhubung perkara itu akan diedarkan bagi mencari pasangan bakal pengantin yang mahu ikut serta,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata, lokasi penganjura­n majlis perkahwina­n beramai-ramai itu tidak menjadi masalah kerana pihaknya mempunyai beberapa cadangan yang sesuai.

“Kita ada beberapa tempat, mungkin Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Pulapol (Pusat Latihan Polis) atau Maktab PDRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia