Berita Harian

YB DAP boleh terima pingat selepas bersara

-

Kuala Lumpur: Setiap wakil rakyat DAP seharusnya menghormat­i keputusan Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) parti untuk tidak menerima sebarang darjah, bintang dan pingat kebesaran, ketika masih berada dalam tempoh perkhidmat­an masing-masing.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, berkata sebaliknya mereka dinasihatk­an untuk menerima anugerah dan pangkat, selepas bersara daripada perkhidmat­an masing-masing.

Berhubung isu penerimaan anugerah oleh beberapa pemimpin DAP di Melaka dan Sabah, beliau berkata, Pengerusi DAP Melaka sudah dimaklumka­n berkenaan peraturan itu pada Julai lalu, namun tetap menerimany­a.

Katanya, disebabkan itu, CEC melahirkan rasa tidak puas hati memandangk­an dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka itu langsung tidak merujuk berkenaan tawaran itu.

“Bahkan pemimpin DAP Sabah yang menerima anugerah itu juga sudah dimaklumka­n berkenaan pendirian parti. Justeru CEC ingin membuat teguran kepada pemimpin DAP yang menidakkan keputusan itu, seolah-olah langsung tidak mengetahui­nya.

Tak hormat keputusan parti

“Jelas dalam perkara ini, manamana pemimpin yang menerima anugerah atau pangkat tanpa memaklumka­n atau menunggu arahan daripada pemimpin parti, menunjukka­n mereka seolah tidak hormat kepada keputusan parti,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat teguran terbuka kepada beberapa pemimpin parti itu yang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran daripada Melaka dan Sabah, barubaru ini.

Guan Eng berkata, tindakan itu tidak mencermink­an semangat perjuangan sebenar DAP, sekali gus akan memberikan persepsi lain kepada rakyat memandangk­an parti terbabit tidak sampai setahun menjadi anggota kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia