Berita Harian

Representa­si gugur pertuduhan jenayah Farid Kamil ditolak

-

Petaling Jaya: Pejabat Peguam Negara semalam menolak representa­si dikemukaka­n oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari bagi menggugurk­an lima pertuduhan kes jenayah yang dihadapiny­a, awal tahun ini.

Perkara itu dimaklumka­n Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris kepada Majistret Nor Ariffin Hisham dalam prosiding di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Berikutan keputusan itu, mahkamah mengekalka­n tarikh perbicaraa­n yang ditetapkan sebelum ini selama lima hari bermula 27 November depan.

Sementara itu, Farid Kamil ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, beliau akan menghantar representa­si kedua secepat mungkin.

Terima keputusan

“Kita terima keputusan yang ditetapkan dan perbincang­an akan dilakukan seterusnya bersama peguam saya untuk mengemukak­an representa­si kali kedua,” katanya.

Dalam prosiding itu, pelakon utama Lagenda Budak Setan berkenaan diwakili peguam Wan Shahril Wan Mamat.

Pada 16 Januari lalu, Farid berdepan empat pertuduhan iaitu mendatangk­an kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalanka­n tugas dan berkelakua­n tidak senonoh dengan mengeluark­an perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara jam 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Sembilan hari kemudian, Farid Kamil turut didakwa menggunaka­n dadah berbahaya Tetra Hydrocanni­bol (THC), iaitu ‘11nor -tetra hydrocanna­binol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya jam 4.30 petang pada hari sama.

Sementara itu, pada 9 Mac lalu, Farid Kamil didakwa sekali lagi atas pertuduhan mereka keterangan palsu bersabit satu laporan polis dengan memasukkan keterangan tidak benar yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbang­an oleh pegawai polis yang menerima laporan itu.

Pengarah filem V3 Samseng Jalanan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur jam 5.54 petang, 31 Januari lalu.

Kita terima keputusan yang ditetapkan dan perbincang­an akan dilakukan seterusnya bersama peguam saya untuk mengemukak­an representa­si kali kedua” Farid Kamil Zahari, Pelakon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia