Berita Harian

SK Ladang Pendas dapat wakaf

Kemudahan sumbangan Bh-forest City beri manfaat warga sekolah

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@nstp.com.my

Program sumbangan Wakaf Bh-forest City diteruskan pada tahun ini dan semalam, Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Pendas menerima sebuah wakaf sebagai satu program kemasyarak­atan pendidikan untuk komuniti setempat.

Majlis penyerahan disempurna­kan Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an bersama Timbalan Pengarah Urusan Country Garden Pacificvie­w Sdn Bhd (CGPV), Syarul Izam Sarifudin.

Lebih menarik, SK Ladang Pendas adalah satu-satunya sekolah yang menempatka­n kanak-kanak Orang Asli dari kawasan sekitar terbabit menerusi program sumbangan Wakaf Bh-forest City.

Ahmad Zaini berkata, Wakaf Bhforest City adalah sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) anjuran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan CGPV, pemaju projek Forest City.

Katanya, program yang bermula tahun lalu itu diadakan bersempena ulang tahun ke-60 BH dan sebanyak tujuh sekolah secara keseluruha­n terbabit menerusi program berkenaan yang mana lima sudah disempurna­kan penyerahan­nya.

Taja aktiviti pendidikan

“Tahun ini, program sumbangan dua lagi sekolah diteruskan dan hari ini, SK Ladang Pendas menerima sebuah wakaf bagi dimanfaatk­an 80 murid di sekolah ini.

“Selain sumbangan wakaf, Forest City menaja pelbagai aktiviti pendidikan anjuran BH dan New Straits

Times (NST), antaranya penganjura­n seminar bimbingan peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Didik dan bengkel UPSR NST,” katanya.

Sementara itu, Syarul Izam berkata, penyerahan sumbangan wakaf pada hari ini adalah sebagai simbolik kerjasama BH dan Forest City bagi kepentinga­n masyarakat sekitar yang terbabit dalam kawasan pembanguna­n projek.

“Kami harap murid dan pelajar dari sekolah yang mendapat sumbangan wakaf ini dapat memanfaatk­an kemudahan ini dan gunakan ia sebagai ruang bacaan tambahan bagi mengulang kaji pelajaran di dalam kawasan sekolah.

“Program ini membabitka­n semua sekolah angkat kami iaitu enam SK dan sebuah sekolah menengah. Kita harap kerjasama ini tidak berakhir di sini dalam memastikan kesinambun­gan pembanguna­n komuniti kawasan ini,” katanya.

 ??  ?? Ahmad Zaini (empat dari kanan) memotong riben sebagai simbolik penajaan wakaf di SK Ladang Pendas, sambil diperhatik­an Syarul Izam (empat dari kiri) dan Johari (tengah) di Iskandar Puteri, semalam.
Ahmad Zaini (empat dari kanan) memotong riben sebagai simbolik penajaan wakaf di SK Ladang Pendas, sambil diperhatik­an Syarul Izam (empat dari kiri) dan Johari (tengah) di Iskandar Puteri, semalam.
 ??  ?? Ahmad Zaini, Syarul Izam dan Johari beramah mesra dengan pelajar sempena majlis penajaan wakaf di SK Ladang Pendas di Iskandar Puteri, semalam.
Ahmad Zaini, Syarul Izam dan Johari beramah mesra dengan pelajar sempena majlis penajaan wakaf di SK Ladang Pendas di Iskandar Puteri, semalam.
 ??  ?? Murid SK Ladang Pendas berehat di wakaf sambil membaca akhbar BH.
Murid SK Ladang Pendas berehat di wakaf sambil membaca akhbar BH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia