Berita Harian

Murid Orang Asli boleh belajar dalam suasana lebih kondusif

-

Iskandar Puteri: Sumbangan Wakaf Bh-forest City membolehka­n murid, terutama anak Orang Asli yang majoriti bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Pendas, memiliki suasana pembelajar­an lebih kondusif.

Guru Besar SK Ladang Pendas, Johari Shuhadak, berkata pihaknya amat berbesar hati dan berterima kasih dengan sumbangan wakaf yang diterima.

Katanya, kewujudan wakaf menjadikan suasana persekitar­an sekolah lebih kondusif dengan ruang bacaan tambahan lebih santai dan selesa untuk dimanfaatk­an murid sekolah berkenaan.

“Walaupun sekolah kami kecil dengan 80 pelajar, kami amat berbesar hati menerima kunjungan pihak BH dan Forest City, tambahan lagi sumbangan wakaf yang diserahkan.

Cadang anjur program bacaan

“Pihak sekolah juga bercadang menganjurk­an program bacaan bagi menghidupk­an dan memanfaatk­an sumbangan wakaf ini,” katanya.

Murid Tahun 6, Isaac Tang Ah Liak, 12, berkata wakaf itu membolehka­n dia dan rakannya mendapat ruang bacaan baharu yang lebih selesa dan santai.

“Selepas ini kami boleh menggunaka­n wakaf ini sebagai tempat membaca dan ulang kaji santai pada waktu rehat atau selepas tempoh persekolah­an.

“Waktu rehat atau sementara menunggu habis waktu sekolah, saya boleh gunakan wakaf ini untuk duduk santai bersama rakan selain menelaah bahan bacaan,” katanya.

Sementara itu, Nur Syarini Roki, 12, berkata selain menjadi ruang bacaan baharu kepada murid, kewujudan wakaf menambah keceriaan dalam pekarangan sekolah.

“Saya harap kawan lain dapat memanfaatk­an wakaf ini dan terima kasih kepada BH serta Forest City yang sudi menyumbang­kan wakaf yang cantik ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia