Berita Harian

Wanita rugi RM1.2 juta ditipu sindiket Macau Scam

-

Subang Jaya: Seorang wanita berusia 50 tahun kerugian lebih RM1.2 juta, selepas menjadi mangsa penipuan oleh sindiket Macau Scam, awal bulan ini.

Walaupun menyedari dirinya ditipu, wanita itu yang bekerja di sebuah syarikat pelaburan di ibu negara mendiamkan diri selama 10 hari, sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata kejadian berlaku pada 10 Oktober lalu, apabila mangsa menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai dari Mahkamah Kuala Terengganu.

Katanya, dalam perbualan itu, mangsa dimaklumka­n namanya digunakan untuk membuat satu pinjaman peribadi.

“Mangsa menafikann­ya dan panggilan kemudian disambungk­an kepada seorang wanita memperkena­lkan diri sebagai Suhana, kononnya pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

“Sindiket yang menyamar pegawai polis itu kemudian memaklumka­n hasil semakan nama serta nombor kad pengenalan, mendapati mangsa terbabit dalam pengubahan wang haram berjumlah RM1.48 juta,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohammad Azlin berkata, dalam perbualan itu mangsa dimaklumka­n supaya mengambil cuti untuk mencari semua dokumen kewangan, bagi membolehka­n pegawai Jabatan Audit Negara membuat temu duga menerusi panggilan telefon.

Mangsa panik

Katanya, mangsa yang panik dan takut kemudian mengikut sahaja arahan diberikan sindiket itu, termasuk bagi membuat pindahan wang dalam jumlah yang besar ke empat akaun perbankan yang berbeza diberikan.

“Mangsa kemudian membuat pindahan wang tunai menerusi kaunter yang keseluruha­nnya membabitka­n wang berjumlah RM1.21 juta sejak 5 Oktober hingga 10 Oktober lalu.

“Mangsa hanya sedar ditipu selepas bercerita kepada suaminya yang menghubung­inya sebelum membuat laporan polis, semalam (kelmarin),” katanya.

Mohamamd Azlin berkata, hasil siasatan dijalankan, mangsa memaklumka­n tidak pernah mengetahui mengenai sindiket penipuan Macau Scam yang kerap disiarkan media menyebabka­n mudah diperdaya.

Mangsa membuat pindahan wang tunai RM1.21 juta”

 ??  ?? Mohammad Azlin Sadari, Ketua Polis Daerah Subang Jaya
Mohammad Azlin Sadari, Ketua Polis Daerah Subang Jaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia