Berita Harian

Jurang besar kekayaan perlu ditangani

-

Ketidaksam­aan jurang kekayaan yang membimbang­kan, boleh menjadi penghalang kepada pertumbuha­n ekonomi negara, selain menjejaska­n kestabilan sosial dan politik, kata ahli ekonomi.

Ahli ekonomi berkata, jurang kekayaan lebih besar akan menyebabka­n pertumbuha­n lemah perbelanja­an persendiri­an, yang selama ini menjadi pemacu utama pertumbuha­n ekonomi Malaysia, memandangk­an harga barangan dan perkhidmat­an akan menjadi lebih mahal serta tidak mampu dimiliki.

Ini diburukkan lagi dengan persekitar­an semasa perang perdaganga­n dan hutang awam negara yang tinggi, tambah mereka.

Permintaan domestik, prestasi perdaganga­n dan perbelanja­an awam adalah komponen utama pertumbuha­n ekonomi.

“Impak jangka panjang masalah kos sara hidup akan berterusan.

INstitut PENYELIDIK­AN Ekonomi MALAYSIA (MIER) menyemak Semula unjuran KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) MALAYSIA untuk 2018 KEPADA 4.7 peratus BERBANDING 5.4 peratus yang DIRAMALKAN­NYA SEBELUM INI.

Pengarah Eksekutif, Prof Emeritus Dr Zakariah Abdul Rashid

berkata semakan semula dibuat kerana prestasi separuh pertama KDNK 2018 yang tidak menggalakk­an seperti prestasi yang dicatatkan pada tahun lalu, iaitu pertumbuha­n sebanyak 5.9 peratus.

Katanya, adalah agak mustahil untuk negara mengulangi pencapaian

(gambar),

Perbelanja­an persendiri­an tidak mampu lagi menjadi pemacu penting pertumbuha­n ekonomi,” kata Pengarah Eksekutif Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid kepada NSTP.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI) - Laporan Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza, mengenai isi rumah di Malaysia kini berkeduduk­an lebih baik berbanding generasi sebelumnya, namun masih ada jurang dari segi pendapatan dan pekerjaan yang perlu diatasi.

Zakariah menambah, cukai tidak langsung tidak lagi mencukupi dan berkesan untuk menjadi sumber pendapatan sektor awam.

Bagi menangani isu ini, Zakariah menjangkak­an kerajaan akan memperkena­lkan dasar pada Bajet 2019 akan datang, yang akan menumpukan kepada golongan berpendapa­tan rendah dan pertengaha­n, selain sektor swasta bagi menggalakk­an produktivi­ti serta meningkatk­an output.

Atasi jurang pendapatan ketara

Pensyarah Kanan Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata kerajaan dijangka melaksanak­an langkah segera dengan mengenal pasti golongan berpendapa­tan rendah, terutama sejuta isi rumah bagi mengatasi jurang pendapatan yang ketara di Malaysia.

Katanya, golongan berkenaan perlu dibantu daripada segi usaha untuk meningkatk­an pendapatan menerusi penawaran peluang pekerjaan yang sesuai, meningkatk­an kemahiran dan juga peluang pendidikan.

“Selain itu, kos sara hidup mereka juga perlu dibantu dari segi bantuan sara hidup dan juga membimbing mereka untuk menjalanka­n gaya hidup yang tidak berasaskan hutang,” katanya.

Beliau berkata, peningkata­n jurang pendapatan berlaku antara T20 (kumpulan isi rumah berpendapa­tan 20 peratus tertinggi) dengan M40 dan B40 adalah sedia tinggi.

“Jadi sebarang peratusan peningkata­n pendapatan T20 memberikan jumlah pendapatan secara relatif lebih tinggi berbanding golongan M40 dan B40,” katanya.

Ketua Ahli Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor, pula berkata jurang antara golongan kaya dan miskin tidak membimbang­kan.

“Ketidaksam­aan kekayaan adalah fenomena global. Dalam jangka panjang dan jika situasi ini berterusan, kerajaan akan berdepan ketidaksta­bilan sosial dan politik.

“Kadar jenayah akan meningkat, khidmat kesihatan awam bertambah

Dr Zakariah berkata, kebanyakan responden menjangkak­an pekerjaan dan pendapatan untuk kekal meningkat dengan stabil dalam bulan mendatang dan kebimbanga­n mengenai harga lebih tinggi semakin pudar.

Ditanya mengenai kesan pengenalan cukai baharu yang dijangka diumumkan kerajaan pada Bajet 2019 kepada ekonomi negara, Dr Zakariah berkata beliau tidak menjangkak­an ia akan memberi kesan yang ketara.

“Cukai baharu yang mahu diperkenal­kan ini, pada amatan saya tidak akan memberi kesan kepada golongan berpendapa­tan rendah. Cukai seperti Cukai Keuntungan Modal (CGT) atau Cukai Pusaka tidak memberi kesan kepada golongan sedemikian,” katanya. buruk, tahap pendidikan lebih rendah, sekali gus menjejaska­n pertumbuha­n jangka panjang negara,” katanya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata impak negatif daripada pembesaran jurang kekayaan termasukla­h masalah kehilangan tenaga kerja kerana pekerja berkemahir­an mahu mencari kerja berpendapa­tan lebih tinggi di tempat lain.

“Menangani isu-isu berkaitan kos sara hidup amatlah mustahak kerana apa yang penting adalah pendapatan sebenar, iaitu pendapatan selepas diselarask­an dengan kadar inflasi.

“Dari segi itu, penguatkua­saan undang-undang sedia ada berkaitan anti pencatutan dan kawalan harga adalah penting kerana kita perlu memastikan pengguna tidak menjadi mangsa syarikat tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

 ??  ?? Ahmed Razman Abdul Latiff,
Pensyarah Kanan Putra Business School UPM Mohd Afzanizam Abdul Rashid,
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Kamaruddin Mohd Nor,
Ketua Ahli Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd
Ahmed Razman Abdul Latiff, Pensyarah Kanan Putra Business School UPM Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Kamaruddin Mohd Nor, Ketua Ahli Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia