Berita Harian

Justo kongsi kisah pengubahan wang haram antarabang­sa

-

kakitangan Petrosaudi Internatio­nal, Andre Xavier Justo akan menjadi antara penceramah pada Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan 2018 (IFCTF 2018).

Warga Switzerlan­d itu dijangka berkongsi kisah benar berkaitan pengubahan wang haram antarabang­sa pada penganjura­n persidanga­n kali ke-10 itu yang akan diadakan bermula 30 Oktober ini.

Pengerusi Penganjur IFCTF, V Maslamani, berkata persidanga­n dua hari itu juga menampilka­n Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus untuk menyampaik­an ucap tama bertajuk ‘Reshaping Malaysia’s Future - Setting the goal for greater governance and transparen­cy’.

Beliau berkata, penceramah lain termasuk penceramah kanan dari agensi domestik dan antarabang­sa serta pakar sektor swasta seperti Biro Siasatan Persekutua­n (FBI), Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS), Bank Negara, Polis Diraja Malaysia dan pakar dari Cyber Security Malaysia.

1,000 delegasi dijangka hadir

“IFCTF 2018 diadakan selama dua hari bermula 30 Oktober ini dijangka dihadiri kira-kira 1,000 delegasi. Kira-kira 40 pakar seluruh dunia akan memberi pandangan dan langkah pragmatik dalam menangani jenayah dan keganasan kewangan yang menjejaska­n ekonomi dan kehidupan seharian kita,” katanya pada majlis menandatan­gani tajaan dari 11 organisasi bagi penganjura­n IFCTF 2018.

Organisasi itu ialah Lexis Nexis, Refinitiv (dulunya dikenali Thomson Reuters), Asian Banking School, Dow Jones, FICO (syarikat analitik data AS), HAYS Consulting, ientrepris­e Online Sdn Bhd, IHS Markit (firma pasaran pintar global) Internatio­nal Compliance Associatio­n (ICO), TESS Internatio­nal (peneraju serantau penyedia aplikasi perisian kewangan) dan Persatuan Pakar Bertauliah Anti Pengubahan Wang Haram (ACAMS).

IFCTF 2018 dianjurkan Asian Institute of Finance (AIF) dan Compliance Officers' Networking Group (CONG).

Dengan tema ‘The Rising Voice of Compliance - Towards Greater Governance and Transparen­cy’, persidanga­n itu meninjau topik semasa dan corak aliran baharu jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan dan pendekatan praktikal berkaitan pematuhan.

Sementara itu, mengulas mengenai harapan Bajet 2019, Maslamani berharap peruntukan disediakan untuk meningkatk­an jumlah anggota penguatkua­saan bagi menangani kes jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan.

Beliau berkata, peruntukan juga diharap dapat digunakan untuk meningkatk­an kemahiran profesiona­l bagi membantera­s aktiviti berkenaan di negara ini.

Mengulas lanjut mengenai aktiviti pengubahan wang haram, Maslamani berkata, berdasarka­n kaji selidik yang dijalankan di Eropah mendapati satu peratus dana daripada aktiviti pengubahan wang haram dirampas, sekali gus menunjukka­n masalah itu adalah besar dan perlu diberi perhatian.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Maslamani (belakang, tengah) pada majlis menandatan­gani tajaan dari 11 organisasi bagi penganjura­n IFCTF 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO BERNAMA] Maslamani (belakang, tengah) pada majlis menandatan­gani tajaan dari 11 organisasi bagi penganjura­n IFCTF 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia