Berita Harian

50 peratus pelanggan Streamyx nikmati unifi

TM naik taraf khidmat pada harga sama dengan pelan langganan sedia ada

- Oleh Sofyan Rizal Ishak

Telekom Malaysia Bhd (TM), penyedia jalur lebar utama Malaysia berjaya menyelesai­kan kerja menaik taraf hampir 50 peratus daripada lebih 340,000 pelanggan Streamyx yang tinggal di kawasan liputan unifi kepada perkhidmat­an unifi pada harga sama dengan pelan langganan sedia ada.

Menurut syarikat itu, baki 170,000 pelanggan Streamyx yang masih belum menyertai komuniti unifi digalakkan untuk mengambil peluang itu bagi mendapatka­n naik taraf percuma di mana aktiviti naik taraf unifi ini akan lengkap menjelang Mac 2019.

Sambungan jalur lebar

“Untuk pelanggan Streamyx yang tinggal di kawasan tanpa liputan unifi, TM komited untuk terus melabur dalam teknologi bersesuaia­n bagi membawakan kepada mereka sambungan jalur lebar berkelajua­n tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

TM berkata, syarikat juga akan menggandak­an kelajuan Streamyx pada harga yang sama dengan pelan jalur lebar sedia ada mereka di kawasan yang tiada halangan teknologi.

“Hampir 180,000 pelanggan Streamyx yang tinggal di kawasan bukan unifi boleh menantikan naik taraf secara percuma ini di mana kami menyasarka­n untuk melengkapk­an aktiviti naik taraf ini menjelang Disember 2018.

“Pelanggan Streamyx yang layak menerima naik taraf kepantasan akan terus dihubungi menerusi e-mel dan panggilan telefon,” katanya.

Ia berkata, pihaknya menggesa pelanggan agar mengemaski­ni butiran perhubunga­n mereka iaitu nombor telefon dan alamat e-mel untuk memudahkan proses ini dengan kerja kemas kini itu boleh dilakukan melalui laman web unifi atau aplikasi unifi care.

“Namun, kami mempelawa pihak kerajaan untuk berbincang segera bagi mencapai keputusan yang memberi manfaat bersama bagi menaik taraf baki 500,000 pelanggan Streamyx,” katanya.

Sementara itu, TM menyatakan komitmenny­a sekali lagi untuk memperting­katkan pengalaman jalur lebar pelanggan Streamyx dengan sesi perbincang­an dengan kerajaan dan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) masih diteruskan bagi menangani isu yang dihadapi oleh pelanggan Streamyx dengan berkesan.

Kerjasama tangani cabaran

“Kami mengharapk­an pendekatan menang-menang secara bekerjasam­a dengan kerajaan dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh pelanggan Streamyx kami secara efektif sehingga selesai.

“Untuk melaksanak­annya, TM ingin mempercepa­tkan perbincang­an dengan pihak KKMM serta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mencari pilihan pembiayaan khusus, pelbagai teknologi bersesuaia­n tujuan ini serta mengoptimu­mkan mekanisme sedia ada dalam industri bagi membawakan pengalaman jalur lebar lebih baik ke seluruh negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia