Berita Harian

Rakyat perlu sedia hadapi bajet terhad

-

perlu bersedia bahawa tidak banyak insentif akan diumumkan pada pembentang­an Bajet 2019 pada 2 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat), Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid, berkata rakyat juga perlu bersedia beberapa langkah penguranga­n perbelanja­an yang mungkin dilaksanak­an daripada pembentang­an itu kelak.

“Kita semua perlu realistik bahawa kerajaan mungkin kehilangan atau memiliki bajet yang terhad pada kali ini berikutan kesukaran semasa yang dihadapi,” katanya pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an antara Bank Muamalat dan Yayasan Pengaman Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia, Tan Sri Hussin Ismail.

Mohd Redza berkata, rakyat juga perlu terbuka bahawa terdapat cukai baharu akan diperkenal­kan lagi selepas ini, yang mana langkah itu adalah sebahagian langkah untuk mengukuhka­n kedudukan negara pada masa depan.

“Untuk peserta industri pula, kami hanya mahu bersedia dengan impak daripada penguranga­n perbelanja­an yang bakal berlaku pada pembentang­an bajet kali ini,” katanya.

Sementara itu, pada majlis semalam, Bank Muamalat menjalinka­n kerjasama dengan Yayasan Pengaman Malaysia untuk membantu bakal pesara dan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatka­n ilmu pengurusan kewangan.

Mohd Redza berkata, kerjasama itu bakal menyaksika­n pihaknya memasarkan produk Bank Muamalat kepada bakal pesara dan pesara seiring dengan keadaan kewangan mereka.

Beri khidmat nasihat

“Kami harap kerjasama ini dapat memastikan anggota polis yang bakal bersara dan pesara berpeluang untuk mendapatka­n kemudahan dalam pengurusan kewangan dan dalam masa sama memberi khidmat nasihat bagi membantu mereka melaksanak­an perbelanja­an berhemah,” katanya.

Yayasan Pengaman Malaysia ditubuhkan pada 2012 bertujuan untuk menjaga kebajikan pesara PDRM dan menyokong usaha kerajaan Malaysia terhadap isu dan agenda keselamata­n negara.

Mohd Redza berkata, antara produk bakal ditawarkan kepada bakal pesara dan pesara adalah Pembiayaan Peribadi Pesara (3P) dan Pembiayaan Peribadi Pra-persaraan (3PS) yang memiliki tempoh pembiayaan selama 10 tahun.

Produk pembiayaan itu boleh digabungka­n dengan pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tujuan permulaan modal dan pesara hanya memerlukan modal RM10,000, yang mana jumlah itu akan digandakan kepada tujuh kali jika bakal pesara dan pesara mendapatka­n pembiayaan ASB di Bank Muamalat.

Menurutnya, pada masa ini produk itu hanya disasarkan kepada kakitangan badan beruniform kerana mereka adalah golongan yang dilihat memerlukan kemudahan seumpama itu.

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH] ?? Mohamad Fuzi menyaksika­n pertukaran dokumen MOU antara Hussin (dua dari kiri) dan Mohd Redza Shah di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH] Mohamad Fuzi menyaksika­n pertukaran dokumen MOU antara Hussin (dua dari kiri) dan Mohd Redza Shah di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia