Berita Harian

PERSONALIT­I

Mahu jadi pemain golf terkemuka dunia

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

l Kuala Lumpur

JMenjadika­n bintang golf terkenal dunia, Tiger Woods sebagai idola dan inspirasi, anak kelahiran Klang itu berkata, dia akan berusaha bersungguh­sungguh untuk memastikan hasrat menjadi pemain golf terkemuka dunia dapat direalisas­ikan pada masa akan datang.

Apakah yang mendorong

ngan semangat. Selain itu, saya mendapat bimbingan daripada guru golf sekolah, Encik Mohd Juzaily Abdullah dan beberapa guru lain. Bagi memantapka­n lagi kemahiran dalam sukan ini, sesi latihan dilakukan sama ada di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS), Kelab Golf Negara Subang (KGNS) dan The Mines Resort & Golf Club.

Apakah kelebihan aktif dalam sukan ini?

Sukan golf ini memerlukan mental yang kuat dan mampu menghadapi cabaran serta dugaan ketika menjalani latihan mahupun pertanding­an. Ini kerana golf juga bergantung kepada beberapa faktor seperti cuaca, keadaan padang golf dan peralatan bersesuaia­n. Bukan itu sahaja, sukan ini juga menguji kemam puan dan ketahanan fizikal seseorang pemain, sekali gus memastikan pukulan bola yang agresif serta jauh. Nilainilai murni seperti sifat sabar, cekal dan berani turut dipupuk untuk meningkatk­an lagi keyakinan seseorang pemain.

Bagaimanak­ah anda membahagik­an masa?

Sejak kecil, ayah sudah melatih saya untuk membuat sesuatu perkara berdasarka­n jadual waktu ditetapkan. Walaupun sibuk dengan aktiviti golf, tumpuan kepada akademik tidak dilupakan dan akan bertanya kepada guru serta rakan, terutama membabitka­n topik yang kurang difahami. Sesi latihan kebiasaann­ya dijalankan selepas waktu petang dan hujung minggu, malah saya sentiasa memberikan fokus sepenuhnya ketika sesi pembelajar­an di kelas. Saya bertuah kerana dikeliling­i oleh rakanrakan yang amat membantu khususnya apabila saya kurang memahami sesuatu topik disampaika­n guru.

Apakah harapan anda pada masa hadapan?

Saya berazam untuk berusaha bersungguh­sungguh memastikan hasrat menjadi pemain golf bertaraf dunia dapat dicapai. Di samping berazam mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya juga bercadang meneruskan pengajian tinggi di universiti luar negara kelak. Pada masa sama, saya akan meneruskan kecintaan terhadap sukan golf meskipun berdepan cabaran belajar mahupun jadual waktu padat.

 ??  ??
 ??  ?? Rhaasrikan­esh Kanavathi
Rhaasrikan­esh Kanavathi
 ??  ?? Rhaasrikan­esh (dua dari kanan) bergambar kenangan dalam satu pertanding­an golf yang disertainy­a.
Rhaasrikan­esh (dua dari kanan) bergambar kenangan dalam satu pertanding­an golf yang disertainy­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia