Berita Harian

Program ‘Touch and Go’ bantu calon kuasai Sejarah

-

Kuala Lumpur: Melihat kepada kepentinga­n mata pelajaran Sejarah yang menjadi syarat utama untuk calon mendapatka­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendorong sepasukan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan Indah, di sini, menganjurk­an program Touch and Go kepada pelajarnya.

Ketua Panitia Sejarah sekolah berkenaan, Puan Suhaiza Zainal Abidin, berkata program yang mula dilaksanak­an sejak pertengaha­n tahun lalu itu bertujuan membantu calon memantapka­n kemahiran dan pengetahua­n Seja- rah terutama membabitka­n Kertas Satu serta Kertas Dua.

Beliau berkata, aktiviti pada setiap hari Jumaat selepas sesi persekolah­an itu membolehka­n pelajar menjawab soalan diberikan merangkumi keseluruha­n topik dalam Sejarah SPM.

“Pelajar perlu menjawab soalan menerusi Kertas A3 yang diberikan, termasuk soalan Sejarah SPM tahuntahun lalu dan menariknya, mereka hanya perlu mencari jawapan berdasarka­n topik yang disalin semula daripada buku teks yang kami sediakan.

Soalan sebenar

“Program ini bertujuan membiasaka­n calon dengan soalan dan persekitar­an peperiksaa­n sebenar, di samping menggalakk­an penambahan pengetahua­n menerusi latih tubi berterusan dijalankan,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, Puan Suhaiza berkata, beliau berasa bertuah kerana pihak pentadbir sekolah menyokong penuh segala program yang bermanfaat untuk pelajar dan mampu melonjakka­n pencapaian akademik sekolah pada tahap terbaik.

“Aktiviti ini untuk membantu calon menguasai Sejarah merangkumi tahap baik, sederhana dan lemah kerana ilmu inilah yang akan membantu mereka menjawab peperiksaa­n dengan baik serta memperoleh kejayaan membanggak­an.

“Selain itu, kami turut menyediaka­n makanan dan minuman kepada pelajar menerusi sumbangan pentadbir sekolah, malah, kami yakin program ini mampu mencapai sasaran memandangk­an pencapaian Sejarah sekolah pada SPM 2017 turut mencatatka­n peningkata­n,” katanya.

 ??  ?? Latih tubi berterusan yang dijalankan mampu memantapka­n kesediaan calon menghadapi kertas Sejarah SPM.
Latih tubi berterusan yang dijalankan mampu memantapka­n kesediaan calon menghadapi kertas Sejarah SPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia