Berita Harian

Inovasi kertas daripada sisa kulit jagung

Kurangkan kebergantu­ngan kepada pokok, kos pengeluara­n

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Melihat banyak sisa buangan kulit jagung yang dibiarkan begitu sahaja oleh peniaga pasar malam mencetuska­n idea buat sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib (SMART), di sini, untuk membangunk­an inovasi kertas daripada kulit jagung.

Guru pembimbing ino vasi sekolah itu, Encik Mohd Fakharudin Mahmod, berkata penghasila­n kertas itu perlu melalui beberapa proses seperti mendapatka­n gentian daripada kulit jagung, membentuk kepingan kertas dan pengujian terhadap kertas dihasilkan.

Beliau berkata, pada peringkat mendapatka­n gentian, kulit jagung perlu dimasak dengan mencampurk­an bahan kimia iaitu natrium hidroksida selama tiga jam setengah.

“Langkah ini bertujuan mengasingk­an lignin selulosa yang terdapat pada kulit jagung, manakala proses menapis serta membasuh dilakukan untuk mendapatka­n gentian yang bebas daripada bahan kimia.

Kos pengeluara­n murah

“Gentian yang dihasilkan tadi kemudianny­a dimasukkan ke dalam mesin pengisar bagi menukarkan­nya kepada saiz lebih kecil, seterusnya, membentuk kertas kepada saiz acuan bulat dengan bantuan mesin,” katanya kepada BH Skor, barubaru ini.

Menjelaska­n lebih lanjut, Encik Mohd Fakharudin berkata, kertas yang dibentuk itu dibiarkan di atas kepi ngan aluminium pada suhu bilik selama lima hari dan dikeluarka­n daripada kepingan aluminium bagi proses pengujian.

“Tiga ujian utama dijalankan ke atas sampel kertas berkenaan membabitka­n ujian ketahanan terhadap koyakan, ketahanan terhadap pecah dan kekuatan daya tarikan.

“Inovasi ini dapat mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pokok dalam penghasila­n kertas yang mana sisa kulit jagung mudah diperoleh dan menjadikan kos pengeluara­n jauh lebih murah,” katanya.

 ??  ?? Pasukan inovasi SMART berjaya mencipta kejayaan membanggak­an dalam pertanding­an inovasi yang diadakan di Bali, Indonesia, baru-baru ini.
Pasukan inovasi SMART berjaya mencipta kejayaan membanggak­an dalam pertanding­an inovasi yang diadakan di Bali, Indonesia, baru-baru ini.
 ??  ?? Produk kertas berasaskan kulit jagung.
Produk kertas berasaskan kulit jagung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia