Berita Harian

Suntik semangat pelajar melalui majlis graduasi

-

Seramai 158 pelajar Tingkatan Lima Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Baling, di sini, dianugerah­kan sijil graduasi bersempena dengan Majlis Graduasi 2018 Ketujuh, barubaru ini.

Pengarah Bahagian Penganjura­n Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA), Puan Rohaya Mohd Zai, berkata majlis yang menjadi program tahunan MRSM seluruh Malaysia itu bertujuan menyuntik semangat pelajar untuk menghadapi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bulan hadapan.

Katanya, setiap pelajar juga menggalas tanggungja­wab besar kerana menjadi calon peperiksaa­n

(IGCSE) sebelum MARA menaja mereka melanjutka­n pengajian dalam pelbagai bidang di luar negara kelak.

“Pelajar mestilah mene tapkan citacita dari sekarang bagi membolehka­n mereka menyusun strategi melakar kejayaan pada masa akan datang.

“Menerusi infrastruk­tur lengkap disediakan oleh pihak MARA, setiap pelajar seharusnya belajar bersungguh­sungguh dan membalas jasa ibu bapa yang banyak berkorban membesarka­n mereka selama ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Graduasi MRSM Baling 2018, barubaru ini.

Pohon restu

Yang turut hadir ialah Pengarah MARA Kedah, Encik Yahaya Sani; Pengetua MRSM Baling, Encik Kadir Dewa dan Yang Dipertua Badan Muafakat MRSM Baling, Dr Mohd Fadzil Md Yasin.

Sementara itu, Encik Kadir berkata, pihaknya turut menganjurk­an solat hajat perdana dan majlis doa restu bagi memberi peluang kepada pelajar memohon restu serta maaf kepada ibu bapa dan guru sebelum menduduki peperiksaa­n penting itu.

“Dunia yang penuh mencabar ini menuntut pelajar supaya mempunyai jati diri yang kukuh dan dapat menjadi modal insan yang soleh, pintar serta serba boleh, justeru, tahniah saya ucapkan kepada semua guru dan ibu bapa di sini,” katanya.

Pada majlis itu turut menyaksika­n Anugerah Khas Pengetua disampaika­n kepada Ahmad Iskandar Rusli dan Nabeela Farhana Shamsul Bahriarahm, manakala Ammar Zhaffri Rosli (Anugerah Tokoh Pelajar) serta Nora Izzanie Mohd Zaini (Anugerah Tokoh Akademik).

Selain itu, Adriana Shamisa Shazarm (Anugerah Tokoh Kepemimpin­an), Nur Aniess Shamida Shamsul Kamil (Anugerah Tokoh Kokurikulu­m), Muhammad Aiman Muad (Anugerah Tokoh Sahsiah Terpuji) dan Anas Ahmadi (Anugerah Tokoh Kesukarela­wanan dan Khidmat Masyarakat).

 ??  ?? Puan Rohaya (duduk tengah) pada Majlis Graduasi MRSM Baling 2018, baru-baru ini.
Puan Rohaya (duduk tengah) pada Majlis Graduasi MRSM Baling 2018, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia