Berita Harian

Sabah tarik pelaburan RM15.1 bilion Disember 2017

-

menjadi antara destinasi penting pelabur apabila berjaya menarik pelaburan berjumlah RM15.1 bilion membabitka­n 761 projek pembuatan setakat Disember 2017.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Arham Abdul Rahman, berkata daripada jumlah pelaburan yang diterima itu, lebih daripada 90,000 pekerjaan diwujudkan daripada projek berkenaan.

“Sabah menerima pelaburan dan pewujudan pekerjaan dalam sektor pembuatan makanan, kertas, percetakan dan penerbitan, kayu dan produk kayu, kimia dan produk kimia serta produk bukan mineral metalik.

“Kerajaan negeri terus menarik lebih banyak pelaburan yang diluluskan ke Sabah dengan membabitka­n projek melebihi RM40 juta bagi separuh pertama tahun ini merangkumi sektor pembuatan makanan dan fabrikasi produk,” katanya pada program Siri Pelaburan MIDA ke-6 di Kuala Lumpur, semalam.

Sasar 35 peratus kepada KDNK

Arham berkata, kerajaan Sabah meletakkan sasaran untuk meningkatk­an sumbangan sektor perindustr­ian kepada 35 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 20 tahun akan datang daripada 7.5 peratus ketika ini.

“Ia adalah sasaran yang sangat tinggi tetapi tiada yang mustahil memandangk­an Sabah memiliki pelbagai daya tarikan dan usaha bersepadu daripada pihak berkepenti­ngan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Perdaganga­n dan Industri (MTI) Sabah, Tseu Kei Yue, berkata MTI menjangkak­an sektor perindustr­ian berasaskan sumber hiliran seperti minyak sawit serta minyak dan gas (O&G) bakal menjadi penyumbang utama kepada pertumbuha­n dalam sumbangan KDNK negeri itu.

“Kita mencatatka­n pertumbuha­n sekitar satu hingga dua peratus setahun, jadi MTI mengharapk­an sokongan Kerajaan Pusat dan negeri untuk membantu mencapai sasaran sumbangan 35 peratus sektor perindustr­ian kepada KDNK Sabah 20 tahun akan datang,” katanya.

Daripada jumlah pelaburan yang diterima itu, lebih daripada 90,000 pekerjaan diwujudkan daripada projek berkenaan” Arham Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia