Berita Harian

Hotel Courtyard by Marriott siap 2022

-

Prospek Property Sdn Bhd (KPP) dan Courtyard by Marriott Internatio­nal (Marriott Internatio­nal) menjalin kerjasama bagi membangunk­an projek hotel yang dianggarka­n bernilai RM1.1 bilion.

Pengarah KPP, Datuk Tee Eng Ho, berkata pihaknya membangunk­an projek bercampur termasuk cadangan pembinaan hotel yang terletak di tanah komersial pegangan bebas dengan keluasan 2.10 hektar.

Beliau berkata, pembinaan hotel Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South yang terletak di Jalan Klang Lama itu dijangka menawarkan 276 bilik.

“Hotel dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) kira-kira RM1.1 bilion ini dijangka akan dilancarka­n pada suku pertama 2019 dan dijadualka­n siap sepenuhnya menjelang 2022.

Projek bercampur

“Hotel baharu ini sebahagian daripada cadangan projek pembanguna­n bercampur KPP yang terdiri daripada tiga menara membabitka­n dua menara apartmen servis 68 tingkat dan mempunyai 1,199 unit.

“Saiz apartmen servis itu antara 650 hingga 900 kaki persegi dan mempunyai dua dan tiga bilik tidur. Pemilik juga boleh menikmati lounge berkeluasa­n 76,000 kaki persegi di tingkat 67 dan 68.

“Manakala, Courtyard by Marriott Kuala Lumpur setinggi 38 tingkat akan dibina berdekatan dengan menara pejabat,” katanya selepas majlis menandatan­gani memorandum kerjasama (MOC) dengan Marriott Internatio­nal di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut hadir, Naib Presiden Marriott Internatio­nal, Peter Gassner.

Operasi 10 tahun

Marriott Internatio­nal akan menjalanka­n operasi dan menguruska­n Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South dan diberikan tempoh kontrak 10 tahun beroperasi.

KPP pula ditugaskan mereka bentuk dan membina pembanguna­n bercampur terbabit.

Eng Ho berkata, projek eksklusif ini juga terdiri daripada tujuh tingkat tempat letak kereta (kira-kira 1,715 lot) dan tiga tingkat tempat kereta bawah tanah komersial (1,009 unit) dan pusat membeli-belah empat tingkat.

“Kami berbangga untuk bekerjasam­a dengan Marriott Internatio­nal, salah satu jenama hotel terkemuka di dunia.

“Dengan membabitka­n Marriott Internatio­nal mengendali­kan komponen hotel, kami bukan sahaja meningkatk­an reputasi kumpulan, malah komited menyediaka­n perkhidmat­an hospitalit­i terbaik kepada tetamu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia