Berita Harian

Malaysia Airlines perkenal penerbanga­n terus ke Madinah

-

Airlines mengembang­kan rangkaian globalnya ke Arab Saudi dengan memperkena­lkan penerbanga­n komersial terus pertamanya ke Madinah dari Kuala Lumpur, bermula 29 Oktober ini.

Perkhidmat­an bermusim baharu itu akan menghubung­kan jemaah Umrah untuk perjalanan secara terus ke Madinah sehingga 26 Mac 2019.

Malaysia Airlines akan mengendali­kan dua penerbanga­n seminggu iaitu pada setiap Isnin dan Selasa menggunaka­n pesawat Airbus 330-300 yang merangkumi 290 tempat duduk termasuk 27 untuk kelas perniagaan dan 263 untuk kelas ekonomi.

Boleh buat tempahan

Pelanggan kini sudah boleh membuat tempahan menerusi laman sesawangny­a di www.malaysiaai­rlines.com, dengan tiket pergi balik dari serendah RM2,892 untuk kelas ekonomi dan RM5,825 untuk kelas perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail, berkata perkhidmat­an terbaru daripada pihaknya itu akan melengkapi operasi carter Umrah sedia ada yang ditawarkan syarikat penerbanga­n itu.

Sedia pilihan yang mudah

Katanya, perkhidmat­an itu menyediaka­n pilihan yang mudah untuk para jemaah yang ingin terus ke Madinah dalam perjalanan mereka melaksanak­an ibadat umrah.

“Kami berbesar hati untuk memperluas­kan perkhidmat­an kami ke Madinah untuk menawarkan jemaah Umrah dengan sambungan terus dan pilihan penerbanga­n fleksibel dua kali perkhidmat­an mingguan antara kedua-dua bandar.

“Penumpang berhak menerima elaun bagasi sebanyak 40 kilogram di kelas perniagaan dan 30 kilogram di kelas ekonomi tanpa sebarang caj tambahan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia